Keakraban antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya, Noor Nabila sering mencuri perhatian warganet kerana dilihat tidak pernah berbalah malah menonjolkan sikap profesional terutama dalam hal yang melibatkan anak mereka, Jebat Jayden.
Demi Jebat Jayden
Memetik laporan BH Online, Nabila atau nama penuhnya Noor Nabila Mohd Noor menyatakan dia dan Sharnaaz mengambil keputusan untuk tidak membuat perjanjian malah aktor itu boleh menjenguk anak mereka pada bila-bila masa.
Menurut Nabila, dia berbuat demikian kerana tidak mahu perpisahan memberi impak negatif terhadap Jebat selain mengambil iktibar daripada perceraian ibu bapanya.
Saya juga datang daripada ‘broken family’ di mana ibu bapa saya bercerai. Apabila perkara ini terjadi ketika kecil, saya berjanji dengan diri sendiri, saya tidak mahu anak rasa apa yang saya rasa.
Saya mahu anak okay. Jadi, saya berkorban agar anak saya tidak rasa apa yang lalui. Itulah sebabnya saya okay sahaja dengan semua. Sampai sekarang saya dan Sharnaaz tiada perjanjian hendak ambil anak bila dan sebagainya.
Bila-bila masa Sharnaaz mahu ambil anak, boleh. Dalam sehari, tiga hingga empat kali pun dia datang, saya okay. Perkara ini bagus untuk anak kami. Dia (Jebat) tidak rasa pun kesan. Dia juga tidak pernah bertanya mengenai kami. Pada Jebat, dia gembira ada emak dan bapanya.
Sharnaaz juga sama seperti saya. Apa dia buat, dia akan fikir anak.
Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini berkata dia sanggup berkorban demi anak lelakinya dan mengenepikan ego.
Saya dan Sharnaaz sudah bercerai selama tiga tahun. Setakat ini, Alhamdulillah. Mula-mula dahulu ada ‘hiccup’ hendak faham. Tetapi, dalam hal ini, perempuan atau ibu kena main peranan lebih daripada bapa.
Ibu kena lebih faham dan tidak pentingkan diri sendiri. Maksudnya, awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.
Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi diri ini… Saya tidak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini… Semuanya berlaku sendiri.
Untuk info, Nabila bersama pelakon berusia 39 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: BH
Leave a Reply