“Dia dituduh, tk ada bukti lagi..” Minta Caprice jgn masuk campur, sekali kant0i hbngan wanita ini dgn suspek

Kes pembunuhan kejam seorang ibu tunggal, Bella atau Mila Sharmilah Samsusah ini dilihat telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah selebriti dan aktivis yang lantang dalam mengulas isu semasa yang melibatkan perihal kemanusiaan, Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36 sebelum ini ada membuat ulasan dengan melampirkan gambar laporan berita mengenai Bella sejurus apabila pertuduhan ke atas teman lelaki wanita itu dibuat di mahkamah baru-baru ini.

Dalam ulasan itu, Caprice menggesa kepada kaum wanita untuk memutuskan hubungan jika pasangan mereka sama ada suami atau teman lelaki itu seorang kaki pukul.

Susulan dengan perkongsian ini, Caprice menerima DM daripada individu yang dipercayai ahli keluarga suspek dalam kes bunuh Bella itu.

Pendedahan itu dikongsikan oleh kakak kepada Bella, Norisham, 36 melalui Facebook miliknnya. Jelas Norisham, dia mahu hubungi Caprice tapi tiada masa kerana terlalu sibuk dan penat. Namun dia telah dihubungi oleh Caprice sendiri.

“Terima kasih untuk sokongan semua dalam urusan pengebumian Bella. Esok saya cerita semua perjalanan kami hari ni agak penat.”

“Tapi tengah ‘free scroll2’ dapat chat (mesej) daripada Caprice. Pada awal kehilangan Bella, ramai ‘suggest‘ (cadang) untuk minta bantuan Caprice.. Saya ada nak chat (mesej) tapi asyik lupa je.”

“Hari ini Caprice WhatsApp saya tanyakan siapa ini, siapa ya dia? belum apa-apa dia dah DM Caprice. Siapa sebenarnya mangsa ni? Siapa yang pergi tunjuk rangka tu? Jaga-jaga tau semua nanti kena saman, tolong siasat siapa dia ya, goyang ke dek.“

Baru-baru ini, suspek Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun tiada pengakuan direkodkan.

Sumber : Kosmo!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*