Tiba lambat meraikan brsama, Luahan Datin Anne Ngasri buat bell sebak

37 tahun bergelar anak seni sejak kanak-kanak lagi, malam tadi rakyat Malaysia bersama-sama meraikan kemenangan Bell Ngasri yang berjaya merangkul 2 anugerah di ABPBH35.
Selain anugerah Artis Komedi Popular, siapa sangka Barkoba juga meraih trofi terunggul iaitu Bintang Paling Popular sekaligus mengalahkan selebriti terkenal lain.
Terima kasih keluarganya sentiasa memberi sokongan. Dalam ucapannya, Bell gagal menahan sebak mengenang semula pengorbanan ibunya mengangkut semua anak menaiki bas untuk mencari rezeki dalam dunia lakonan.
Kejayaan ini justeru didedikasikan kepada seluruh keluarga, peminat setia clan juga Allahyarham Mamat Khalid selaku pengarah yang membuatnya mampu berdiri sampai ke tahap ini.
Datin Anne hanya melihat pengumuman abang menang ABPBH di kaca TV. Dalam pada itu, rupanya Datin Anne Ngasri tidak berada di Istana Budaya, Kuala Lumpur ketika kemenangan Bell diumumkan.
Sebaliknya dia yang belum selesai bekerja hanya sempat menyaksikan moment indah tersebut menerusi televisyen di pejabat sahaja.
Aku baru sampai, aku baru habis kerja…Bell layak, InsyaAllah. Hanya selepas acara tamat, dia akhirnya tiba di sana dengan buah tangan dan telah memeluk erat Bell Ngasri tanpa sebarang kata.

Mungkin ucapannya kepada si abang kedengaran biasa-biasa sahaja, namun jelas terpancar perasaan bangga seorang adik melihat abangnya memperolehi pencapaian sebegitu besar dalam industri seni Malaysia.
Tatkala wanita itu mengucup serta menyentuh lembut pipi Bell, suasana benar-benar sebak.
Sumber : Klsah dunla

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*