Pernah Raih 20A SPM Tahun 2008, Nik Nur Madihah Tampil Dedahkan Keadaan Terkini

Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal merupakan sebuah nama yang sentiasa menjadi sebutan apabila musim keputusan SPM tiba. Sekitar tahun 2008, wanita yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan ini mencipta sejarah membanggakan apabila meraih keputusan 20A dalam peperiksaan SPM.
Saya tidak pernah meratapi rezeki yang dianugerahkan oleh Ilahi

Berbelas-belas tahun lamanya, kehidupan peribadi Nik Nur Madihah sering menjadi tanda tanya ramai memandangkan sosoknya seakan-akan ‘menyepi’ dari pengetahuan dunia luar. Untuk pertama kalinya, wanita berkenaan muncul menulis sebuah coretan panjang di Facebook yang mengimbau liku-liku perjalanan hidup. Rupanya selepas tamat zaman persekolahan, Nik Nur Madihah ibarat menongkah arus kerana menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Fizik tatkala orang lain memilih bidang Sains yang cukup popular pada saat itu. Walaupun berdepan kesukaran di semester pertama, dia tetap berjaya mengharunginya dan tamatkan pengajian pada tahun itu dengan cukup cemerlang.

6 bulan pertama, saya makin tidak keruan…Ulang alik kuliah macam mesin tanpa perasaan
Tidak terhenti di situ, rasa ‘dahaga’ untuk mendalami bidang Sains & Matematik menjadi titik tolak untuknya menyambung ijazah ke Nottingham pula dengan target menamatkan pengajian dalam masa 3 tahun. Namun setelah menginjak ke umur 20-an, persoalan berkaitan hidup yang semakin memenuhi jiwa akhirnya membuatkan Nik Nur Madihah sedar dia perlu kembali kepada ilmu paling asas iaitu agama. Walaupun sangat mengagungkan Sains dan Matematik selama ini, ilmu-ilmu berkenaan gagal merungkai persoalan yang sering membelenggu diri seorang Nik Nur Madihah.

“Kau ni hidup kenapa & nak cari apa sebenarnya? Circle saya jadi kecil sebab saya bingit dengan pelbagai jenis pendapat dan suara”

Mahu meneguk sebanyak-banyak ilmu supaya dapat penuhkan gelas saya yang sedang ‘kosong’
Nekad menghentikan pengajian di United Kingdom, dia akhirnya pulang semula ke tanah air dan sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sejak itu, seorang Nik Nur Madihah tidak lagi mengejar sebuah pencapaian, gred atau ‘kemasyuran’ bergelar pelajar genius. Sebaliknya, dia cuma mahu mencari ilmu sebanyak yang boleh untuk mengisi kelompongan jiwa.

Hanya kerana saya capai SPM 20A, tidak bermaksud itu ukuran yang perlu orang lain guna
Tidak mendedahkan kerjayanya secara terperinci, wanita berkenaan menyifatkan dia tidak memerlukan validasi daripada sesiapa dan cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksi segalanya. Sesungguhnya, definisi ‘kegagalan’ dan ‘kejayaan’ adalah berbeza untuk setiap manusia. Jalan hidup setiap orang juga tidak sama dan terpulang kepada pilihan masing-masing untuk mencorakkannya.

“Apabila tiba sahaja musim keputusan SPM diumumkan, nama saya akan dipetik semula dan orang mencari di mana “Nik Nur Madihah”? Saya berada di sini. Memberi kepada masyarakat dengan cara tersendiri. Tidak kira ia diperakui oleh sesiapa atau tidak. Tidak peduli ia dipandang atau tidak. Saya hidup kerana Ilahi & saya hanya perlukan pengiktirafan dari Ilahi. Jalan hidup setiap orang berbeza”

sumber: klsahdunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*