Baru je jpj dedah no kereta tidak Sah, Sekali Fatin Afifah dedah keadaan terkini suami

Tular sejak semalam mengenai pendedahan sebuah akaun dikenali dengan nama SCRUT yang mendakwa suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang bukanlah pemilik sebenar kereta McLaren yang ditayang lelaki itu sebelum ini.

Pendedahan itu kemudiannya menjadi buah mulut netizen dan setelah pengendali akaun itu mendakwa kereta mewah itu sebenarnya milik sebuah syarikat iaitu Revenue Scope Sdn. Bhd.

Terbaru, isteri Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, Fatin Afeefa ada memuat naik video suaminya sedang terlantar sakit di hospital swasta. Fatin juga menulis kapsyen yang mengatakan suaminya itu telah dipukul.

Kena pukul dengan geng Honda. Mungkin sekadar bergurau, tiada penjelasan lanjut daripada pihak Fatin mahupun Aliff mengenai hal tersebut.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.

Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.

Terdahulu, Opai menerima kecaman hebat daripada netizen setelah dia dilihat melabel kereta yang bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis. Berikutan kecaman itu, Fatin dilihat ‘memerli’ suaminya dan memadam gambar mereka berdua di Instagram.

Sumber : beautifulnara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*