Netizen Timbul Dakwaan, ‘Korek’ Balik Kontroversi Shakilla.. Jumpa ‘Posting’ Bekas Isteri Fariz Di Mahkamah Syariah?

Belum habis penat bertungkus lumus untuk majlis pernikahan, pelakon Shakilla Khoriri menjadi target netizen di media sosial apabila habis cerita lama dibongkar.

Pasti ke suami orang?

Menerusi video di TikTok @entah.apo2, pengelola (admin) memuat naik beberapa keping foto mesra Shakilla ketika didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, ketika ditemu bual pada ketika itu, pelakon drama Bukan Khadijah menafikan dakwaan dirinya pernah berzina dengan mana-mana lelaki dan menganggap tuduhan tersebut sangat melampau.

Selain itu, Shakilla juga menepis dakwaan yang mengatakan dia menjadi penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.

Posting lama netizen cari

Sementara itu, hantaran-hantaran Instagram Stories yang pernah dimuat naik bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali turut dikongsikan semula.

Hantaran FB bekas isteri

Bukan itu saja, netizen turut singgah di Facebook (FB) bekas isteri kepada Fariz. Posting yang dibuat pada 11 September 2023 mencuri perhatian warganet untuk membaca.

Sentiasa disuruh, ditegur untuk berdamai dengan takdir. Baiklah saya turutkan.

Semoga kalian berbahagia atas segala perbuatan kalian.

Menurut sumber, tempoh idah bekas isteri Fariz baru selesai pada Januari lalu.

Semalam, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Sumber: TikTok

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*