Istimewa pada Sepahtu Reunion Live malam tadi, Puteri Sarah dijemput menjadi pelakon undangan dan membawakan watak seorang ibu tunggal bernama Iza. Masalah bermula apabila satu-satu anak Iza iaitu Fariz (Pak Ya) ditahan di balai polis atas kesalahan mencuri bahan makanan di kedai runcit Encik Mazlan (Rahim).
Macam tu je kena reject. Ketika dirayu untuk menarik laporan polis, Mazlan malah meletakkan syarat agar Iza berkahwin dengannya dahulu. Apabila Fariz sudah dibebaskan, lelaki itu datang semula ke rumah Iza untuk menuntut janji malangnya cinta itu ditolak. Suatu hari, Mazlan semakin marah kerana Inspektor Karim (Jep) yang sebelum ini menguruskan tentang masalah penangkapan Fariz rupanya sedang cuba rapat dengan Iza. Atas dasar dengki, peniaga itu sekali lagi menuduh remaja tersebut mencuri barang di kedainya tapa bukti.
“Heiii, kau jangan ambil hati akulah….Kau tak layak jadi menantu aku” Pada babak ini, pentas SRL semakin riuh apabila bapa mentua Iza muncul untuk membayar ganti rugi bagi pihak cucunya. Kemunculan Datuk Yusuf Haslam sebagai cameo jemputan cukup mengujakan ramai apalagi ia turut diselangi dengan dialog-dialog lucu dan ‘mendalam’.
Sarah nak salam je, tapi bapa menta dia tarik dan hugs, nampak Datuk sayang PSL sangat-sangat. Meskipun kemunculan Datuk Yusuf Haslam hanya sekejap, namun ramai penonton terhibur dan sangat berpuas hati dengan tayangan malam tadi. Di sebalik tabir pula, ada netizen yang sempat merakam keakraban antara Puteri Sarah dan bapa mentanya itu.
Sumber : klsahdunla
Leave a Reply