Patutlah si Aliff teega Dan Aisyah hijanah kaya semacam. Bayangkan Kalau Hal Ni Tak Kantoi,Silap2 Haribulan Dunia Pun Dia Boleh Beli🤑

Pempengaruh media sosial yang juga merupakan pasangan suami-isteri Aisyah Hijannah dan Alif Teega dilaporkan berselindung di sebalik platform derma ‘Jom Donate’ susulan isu penyelewengan kutipan derma di Mahkamah Majistret Putrajaya, menerusi satu hantaran di laman X pada malam Khamis.

Tular di media sosial, satu hantaran oleh pempengaruh media sosial, Emirhaqim di Instagram yang menyatakan dirinya hampir terjerat dengan penyelewengan tersebut.

“Tujuan hantaran ini bukan nak bincangkan siapa bersalah atau siapa betul tapi saya cuma nak cerita pasal Modus Operandi (MO) je. Bila isu ni dah tular baru lah orang bongkarkan yang nama syarikat kutip derma tersebut adalah ‘Jom Donate’.

“Sebab saya rasa nama tersebut macam pernah dengar dan bila saya periksa e-mel saya, rupanya pihak mereka pernah menghampiri saya untuk kolaborasi bersama.

“Pada awalnya memang tertarik dengan logo cantik yang nampak seperti syarikat ni memang satu syarikat yang kelihatan mempunyai reputasi yang baik sampailah isu penyelewengan tu , Instagram mereka pun dah privasi dan orang belakang sebalik syarikat tu sudah ditahan.

“Apa yang membuatkan saya hairan dengan tawaran tersebut adalah pempengaruh bakal menerima 20 peratus dari hasil kutipan derma tersebut,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan telah menolak tawaran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pempengaruh media sosial lain yang turut melakukan perkara sama.

Spekulasi timbul berkenaan pasangan tersebut terlibat dalam kes penyelewengan itu ekoran kelibat seorang individu yang digari di belakang pasangan suami isteri ketika direman di Mahkamah Majistreet Putrajaya itu yang dipercayai merupakan menantu kepada Timbalan Presiden PAS merangkap bos syarikat kepada JomDonate tersebut.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu direman oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistreet Putrajaya akibat menyeleweng kutipan derma melebihi jutaan ringgit dan menyalurkan duit tersebut di saluran yang tidak betul.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*