Keluarga Tiada Duit Beli Susu, Terpaksa Beri Air Rebusan Beras Untuk Anak Kecil

Semakin hari semakin banyak kisah-kisah rakyat yang tertekan di musim pandemik sekarang ini. Terbaru tular berita menyedihkan mengenai satu keluarga yang terpaksa menggunakan air rebusan berasa untuk mdnggantikan susu untuk anak kecil.

Kisah keluarga ini didedahkan oleh Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kisah yang dilihat dan disaksikan oleh mereka ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

“Antara yang paling menyentuh hati ialah kisah sebuah keluarga yang terpaksa menyediakan air rebusan beras untuk anak kecilnya kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.” – kataMuhammad Syariezal Ab Rashid, setiausaha NGO terbabit.

Tambahnya lagi ada juga keluarga yang terpaksa memberi susu pekat manis kepada anak kecil dan ada yang sampai terpaksa meminta susu daripada jiran-jiran.

Air rebusan beras (Foto Hiasan)

Ketika menghulurkan bantuan sumbangan, dapat dilihat kegembiraan terpancar dari wajah mereka terutama sekali sumbangan berbentuk susu dan lampin pakai buang.

“Bila kita hantar susu dan pampers.. berlinang air mata mereka, ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan.”

Muhammad Syariezal menyampaikan sumbangan kepada salah satu keluarga yang memerlukan

Selain itu, ramai yang mengadu dan menceritakan mereka tiada duit simpanan yang tinggal untuk dibelanjakan dan segelintir daripada mereka hilang/dibuang kerja akibat pandemik.

Menurut Muhammad Syariezal, sehingga kini seramai 4,000 keluarga yang diberikan bantuan sejak PKP mula-mula dilaksanakan pada bulan Mac tahun lepas.

Kredit: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*