Tak Sampai sehari bersiaran kembali… Ust digam kembali.. Sekali Ketua penyiaran dedah ini yg dilakukan Ust Don..

BARU sahaja kembali bersiaran, penceramah bebas Ustaz Don Daniyal sekali lagi direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ini susulan kontroversi tular mendakwa Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, mengeluarkan kenyataan mengelirukan tanpa sokongan dalil sah semasa bersiaran secara langsung pada malam Khamis.

Mengesahkan mengenai penamatan tugas penceramah bebas itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Sulaiman memberitahu pihaknya sudah berbincang dan memaklumkan kepada Don sendiri.

Suhaimi anggap keputusan merehatkan Don adalah tepat.

“Saya sudah bercakap dengan dia (Don) pagi tadi (Jumaat). Dia tahu ada penonton marah dan dia terima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, Suhaimi berkongsi mengenai perkara itu di laman X.

Dalam status ditulisnya itu, Suhaimi berkata Don telah diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan selepas tular sebelum ini namun sekali lagi mengulangi kontroversi sama.

“Bila dah beri peluang, dan berbincang dengan pihak berkuasa dan ahli agama, sudah ingatkan apa yang boleh dan apa yang tidak, kenalah pandai ambil perhatian daripada penonton.

“Maaf kerana terpaksa rehatkan awak,” jelasnya.

Sementara itu, Suhaimi memaklumkan rancangan tersebut masih berbaki empat episod dan akan diteruskan seperti biasa dengan dikendalikan oleh tiga lagi pengacara jemputan lain.

Perkongsian Don menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Pada Khamis, nama Don kembali hangat apabila dia bercerita mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan.

Sebelum ini Don juga pernah direhatkan selama satu minggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan dalil sah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*