Kedai diserbu Ramai org tp bkn beli crepe? Tlndakn Kieda dipuji

Baru-baru ini, pengusaha pencuci mulut, Kieda Crepe berkongsi rezeki barangan keperluan asas kepada orang ramai. Jenama Kieda Crepe sentiasa menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial sehingga terpalit dengan beberapa isu ‘panas’.

Antara yang menjadi bahan bualan ramai adalah sistem ‘support barangan vendor’ yang diperkenalkan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra untuk mendapatkan produknya iaitu crepe bantal. Meskipun pengusaha muda berusia 25 tahun sering menerima kecaman ramai, namun dia kekal tenang dan meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaannya.

Kieda Crepe kongsi rezeki. Terbaharu, perkongsian Kieda sejak beberapa hari kebelakangan ini tidak lagi menerima kecaman, sebaliknya meraih pujian warganet atas tindakan murni yang dilakukannya. Ia berikutan pengusaha pencuci mulut itu berkongsi rezeki kepada orang ramai di kawasan sekitar kedainya yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Difahamkan setiap keluarga akan diberi satu set barangan seperti beras, gula, kopi, lampin pakai buang bayi, susu formula, lampin pakai buang dewasa, sardin tin dan biskut. “Satu keluarga satu set dan sekali sahaja pengambilan. Kita bagi semua merasa,”tulisnya.

Dalam pada itu, Kieda turut meminta orang ramai mendoakan dirinya dikurniakan limpahan rezeki agar dapat membantu lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan, serta mendoakan arwah bapanya. “Doa Kiedah mewah rezeki, abah tenang di tempat yang sepatutnya abah ada.. dan Kiedah jadi manusia yang sentiasa bagi manfaat pada orang lain lagi,”pintanya.

Kieda crepe bukan nak berlumba. Hantaran berikutnya, Kieda meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai dengan menyatakan semua orang harus ‘sibuk’ memberi manfaat sesama insan.

“Jadi manusia yang sibukkan diri bagi manfaat untuk orang lain, bukan berlumba-lumba cari buruk dan buka aib orang. “Terima kasih Allah izinkan Kiedah untuk rasa momen ‘Kita Jaga Kita’. Allah uji kerana Allah sayang. Allah beri kerana Allah mahu mendidik kita untuk berkongsi. “Bukan kaya seorang diri, sebaliknya kaya bersama orang ramai,”ujar Kieda.

Benda baik kita perlu raikan bersama. Apa pun, didoakan agar Kieda Crepe atau sesiapa sahaja mempunyai hati mulia diberikan limpahan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : Ohmy medla

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.