“Masa kecil tak peduli pun” – Rita Rudaini berang ada yang kesiankan bekas suami sebut nama anak dalam ‘live’

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang meminta dia mempertemukan dua anak lelakinya dengan bapa mereka iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Perkara itu timbul selepas ada netizen yang berasa kasihan melihat Aidil menyebut nama kedua anak mereka iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Membidas kenyataan netizen itu, Rita bagaimanapun dengan tegas menyatakan tindakan bekas suami yang menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung hanyalah sekadar untuk meraih simpati orang ramai.

“Hello dik… Awak tak payah buat tahu sangat. Kena kencing! Hancing lah… Setakat sebut nama, saya pun boleh sebut nama anak Ronaldo ke anak Beckham. Nak belakon apa depan org? Awak pun bukan buta kot?

“Aku yang bela sorang sorang dari kecil. Sakit, demam, suka duka, sekolah, raya, makan, minum, tanggung sorang sorang.

“Kalau rasa anak, awat tak jaga, ambil tahu dari kecil masa aku dok jaga basuh berak? Depa sakit satu Malaysia tahu. Awat tak tanya khabar? Hang cakap senang oi.

“Ya, tiada tindakan! Taik je semua berlakon dalam live!” bidasnya di ruangan komen Instagram.

Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*