Anak cirit-birit 21 kali, hanya dapat air garam di klinik kesihatan akhirnya meninggal dunia😭
Doakan ketabahan buat keluarga ini. Menurut ibunya, dia sempat membawa anak ke klinik kesihatan. Ibu memaklumkan anak demam dan tidak aktif. Namun Doktor yang memeriksa mengatakan keadaan anaknya okay kerana tidak demam (berdasarkan suhu yang diambil sebelum masuk klinik) dan tiada tanda dehydrated. Lalu doktor hanya membekal 3 paket air garam.
Tidak berpuas hati, si ibu membawa anaknya ke klinik swasta. Di sana Doktor memberi surat rujukan untuk ke hospital setelah mendapati suhu anak tinggi, 40.1 serta bacaan darah putih sangat tinggi.
Setelah beberapa hari intubated ,adik ni akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.
“Saya ini bukanlah utk menyalahkan mana-mana pihak , nak-nak lagi memburukkan agensi klinik kerajaan , saya tak dendam , saya MARAH saya TERKILAN ..sesungguhnya kesemua ini adalah salah dan silap saya sendiri ..”
“Buat encik doktor ..
Saya TERKILAN .. Dari saya keluar bilik jumpa Dr , smpai la sy terus ke klinik lain then ke Hospital Bentong .Anak saya jadi kritikal dalam ANGGARAN Masa 3 jam je .Dan Dr sendiri pon xkn pernah jangka bukan ? Saya TERKILAN macam saya ckp dgn doktor.
Saya ni bodo , sebab tu saya perlukan orang yg pandai mcm doktor utk bantu rawat anak saya.
Saya hilang senyuman anak saya hanya dalam Masa 1 Hari je ..”
😢😢
Credit: Erma Iswani
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply