Kereta baru basuh, ceb1san rumput melekat di cermin… Pemandu wanita jer1t-jer1t m4rah pem0tong rumput

TINDAKAN seorang wanita yang memarahi pekerja pemotong rumput di tepi jalan membawa padah apabila dia teruk dikecam oleh netizen.

Menerusi video tular, kelihatan seorang lelaki sedang memotong rumput di atas pembahagi jalan, di sebuah pekan di Temerloh, Pahang.

Ketika kejadian, kereta yang dipandu wanita itu sedang berhenti di jalan tersebut sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Cermin kereta wanita itu dilihat sedikit kotor akibat terkena cebisan rumput.

Bagaimanapun, cebisan rumput kelihatan terkena cermin kereta wanita itu kerana jaraknya yang begitu dekat dengan pekerja berkenaan.

Dia yang duduk di kerusi pemandu kemudian membuat rakaman video dengan suara bernada kuat sambil membebel kepada pemotong rumput berkenaan.

“Aku marah ni. Lailahaillallah. Kereta dah la baru basuh. Astaghfirullah, Ya Allah Ya rabbi.

Cuba bayangkan yang tengah potong rumput tu bapa kau kak. – NETIZEN

“Apa benda ni? Apa benda ni? Ya Allah,” jerit pemandu wanita itu sambil membuat rakaman video di dalam keretanya.

Video yang dimuat naik sendiri oleh wanita itu ke aplikasi TikTok pada Sabtu meraih lebih setengah juta tontonan.

Malah, video itu turut disebarkan pula ke laman X sehingga wanita itu teruk dikecam oleh netizen.

Rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan cara wanita itu kerana ia memalukan pekerja berkenaan.

“Dah kerja dia. Kalau setiap kali ada kereta dia kena berhenti potong rumput, bila nak siap?

“Asal maki tak turunkan tingkap (kereta). Macam membazir je air liur dia duduk maki-maki.

“Kenapa bodoh sangat ni, memaki hamun hanya kerana kereta kau baru lepas basuh?

Komen netizen berhubung video tular itu.

“Cuba bayangkan yang tengah potong rumput tu bapa kau kak,” tulis netizen.

Namun, ramai juga yang menyokong pemandu wanita itu dan meminta pemotong rumput lebih berhati-hati ketika bekerja bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada kereta.

“Orang tengok ni jadi trauma sebab pernah ada pengalaman cermin kereta pecah disebabkan mesin rumput ni.

“Memang patut risau sebab tahun lepas cermin kereta saya pecah, kena batu sebab ada pekerja potong rumput berdekatan.

“Tapi memang tak suka ya, takut batu terbang kena kereta,” tulis beberapa netizen.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*