Senaraikan kenalan yang ‘contact’ ketika sakit, netizen anggap Fasha Sandha tak matang

Netizen anggap Fasha Sandha tak matang selepas pelakon popular itu menyenaraikan nama individu yang menghubunginya ketika sakit dan dikuarantin.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fasha menyatakan dia dan keluarganya sudah bebas daripada jangkitan Covid-19 disamping mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang menghubunginya.

Netizen anggap Fasha Sandha tak matang

“Hooooray, sekeluarga bebas Covid! Syukur, syukur. Di kesempatan ibu dan anak-anak ucapkan jutaan terima kasih untuk ‘love and care’ sepanjang kami ditimpa musibah ni,” katanya.
Pada masa yang sama, aktress berusia 40 tahun itu turut menyenaraikan nama individu-individu yang ada menghubungi Fasha ketika dia dan keluarganya sedang dikuarantin.

Menurut Fasha, bagi menunjukkan seseorang itu mengambil berat, mereka tak semestinya memberi barangan namun sekadar panggilan telefon sudah memadai.

“Sejujurnya, untuk tunjukkan orang tu ambil berat tidak semestinya kena bagi barang atau kebendaan pun.

“Cukuplah sekadar panggilan telefon atau mesej untuk bertanya khabar dan ambil tahu masa perkara tu baru-baru terjadi.

“Bukanlah lepas beberapa hari baru nak mesej untuk tanya khabar, dalam masa 24 jam tu dah kena cari, dah kena ambil tahu,” ujarnya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*