Sekian lama sepi, Akhirnya Makcik kemboja dan Anak buat sidang media Dedah status sebenar.

Johor Bahru: “Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bangsa Melayu termasuk warga Kemboja yang terguris dengan kata-kata saya,” kata usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Mariyah Yaakob, 49.

Dia berkata demikian ketika sidang media kilangnya di Skudai, di sini, hari ini.

Ia ekoran kandungan video tular sejak minggu lalu, mengakui sebagai warga Kemboja dan mendakwa bangsa Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Mariyah yang kini dilabel netizen sebagai Mak Cik Kemboja, mengakui khilaf dan keterlanjuran kata-katanya sehingga mengguris hati rakyat Malaysia.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga Johor, tujuan sidang media ini diadakan sebagai permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya Mariyah Yaakob, dan pihak syarikat.

“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bangsa Melayu termasuk warga Kemboja yang terguris dengan kata-kata saya. Saya nak minta maaf atas khilaf dan keterlanjuran kata-kata,” katanya.

Turut hadir anaknya selaku Pengarah Syarikat, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam; Konsultan syarikat, Nor Ashiqin Jamaludin dan peguam syarikat, Sharifuddin Liwan.

Mariyah menjelaskan video itu dibuat tanpa niat menghina mana-mana bangsa sebaliknya untuk menyuntik semangat motivasi.

“Sejujurnya jauh di sudut hati saya tak ada sedikit pun mahu menghina mana-mana bangsa sebaliknya 100 peratus untuk motivasi.

“Pada saya, kita semua ada khilaf, hari ini saya, kita tidak tahu bila khilaf orang lain. Saya mengaku dan belajar apa yang berlaku hari ini adalah satu ilmu yang berharga, untuk lebih matang dan berhati-hati.

“Apapun video tular di media sosial ini pada saya, bekas pekerja pun tahu itu adalah sekadar ‘content’ cuma ‘bangsa’ itu mungkin kekhilafan saya. Kalau lihat sampai habis video itu, saya cakap jangan marah, gurau,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kegagalan syarikatnya mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Mariyah berkata mereka yang terkesan boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Saya rasa tidak perlu jawab soalan itu kerana ada pihak pengurusan dan sumber manusia yang uruskan KWSP dan Perkeso. Dan kalau benar syarikat tidak bayar, mereka boleh tuju kepada JTK,” ulasnya.

Sementara itu, anak Mariyah, Ezuan Hafsham, 22, turut membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya membuat video yang dituju kepada bekas pekerja.

“Saya dengan rendah hati dan terbuka hati memohon ampun maaf kepada semua seluruh rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu.

“Saya akui kesilapan saya dan akan bertindak lebih matang selepas ini. Harap kita boleh hentikan perkara ini,” katanya.

VIDEO SIDANG MEDIA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*