“Setakat ini terima 14 Laporan..” Ketua Polis dedah ini pula bakal menimpa Makcik kemboja..

Melaka: Polis Kontinjen Melaka menerima tujuh laporan polis berhubung video tular seorang wanita warga Kemboja yang juga pemilik sebuah perniagaan di Johor Bahru, Johor mendakwa orang Melayu malas, baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu diterima pada 19 November lalu di Balai Polis Bandar Hilir, Balai Polis Kandang di daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Merlimau, Jasin, daripada pelbagai pihak yang terkesan dengan rakaman tular di media sosial berdurasi satu minit tujuh saat itu.

Menurutnya, pihaknya mengesan video itu pada Ahad lalu yang memaparkan seorang wanita Kemboja mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu dengan mengatakan ‘Melayu malas’ yang dimuat naik pemilik akaun media sosial TikTok, menerusi dua pautan.

Katanya, sehingga kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 14 laporan berkaitan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk tujuh di Melaka.

“Jabatan Siasatan Jenayah Melaka membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan berharap orang ramai lebih bijak serta bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial supaya tidak menyentuh isu sensitif membabitkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan penstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun, di akhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*