Memakai tudung dan hijab menjadi kewajipan buat semua wanita Islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat.
Namun disebebakan peralihan zaman yang dikatakan serba modern dan canggih wujud pula fesyen terkini berkaitan hijab dan keadaan itu mengundang dua situasi berbeza iaitu perkara baiknya menunjukkan ramai wanita Islam kini mengutamakan tudung atau hijab, namun di sisi berbeza hijab itu sebahagian daripada fesyen dan tidak merangkumi aspek penutupan aurat sebenar.
Begitu juga dengan pemakaian baju, wujud segelintir wanita hari ini memperagakan hijab dan pakaian yang menutup aurat pada mata kasar, sebaliknya mereka mempunyai dua sifat iaitu berpakaian dan telanjang dalam satu-satu masa.
Pada hari ini, pastinya setiap daripada kita pernah melihat keadaan wanita yang mempunyai dua sifat ini iaitu mereka berpakaian dan dalam masa sama turut dinisbahkan sebagai telanjang kerana memakai pakaian ketat menampakkan setiap inci bentuk tubuh badan.
Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi wanita, Masya Masyitah menerima kec4man hebat pengikutnya selepas memuat naik beberapa gambar beserta video memaparkan pakaian tidak melambangkan wanita berhijab.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Masya mengenakan seluar legging hitam yang didakwa menampakkan warna kulit badan sehingga menuai pelbagai reaksi netizen.
Ada yang melemparkan tohmahan kononnya gaya ala-ala gadis anime itu tidak bersesuaian dengan pemakaian hijabnya.
Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff didakwa berkongsi untaian foto berpenampilan disifatkan tidak menggambarkan imej muslimah menerusi laman Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menegur dan meminta penyanyi ini untuk memadamkan gambar-gambar berkenaan.
Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang optimistik dengan tidak melulu meninggalkan komen berbaur kec4man.
sumber: murai
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply