‘Dekat Padang Mahsyar, cari saya sampai dapat’ – Lola akui video tular hanya sekadar konten

Di zaman teknologi serba canggih ini, banyak konten yang tular di media sosial dan kebanyakannya adalah konten yang direka untuk meraih tanda suka dan jumlah tontonan tinggi daripada pelayar media sosial.

Contohnya video yang membabitkan konten temubual yang kononnya individu yang dipilih secara rawak di tempat awam. Sebaliknya, kedua-dua pihak adalah saling mengenali.

Dua kali ikut lelaki balik rumah

Dua minggu lalu, tular video seorang wanita muda mengakui dia mula mengunjungi kelab malam sejak berusia 18 tahun. Malah, sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenalinya balik ke rumah.

Seperti yang diketahui, konten sedemikian yang tiada manfaatnya hanya mengundang kecaman dan netizen melabelkan konten sedemikian adalah sampah kerana membuka aib sendiri.

Setelah dikecam teruk, wanita berkenaan yang dikenali sebagai, Lola, akhirnya tampil memberi penjelasan.

Netizen sudah melampau

“Saya terpaksa membuat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah terlalu melampau. Orang selalu tanya kenapa buat content macam ni?

“Okay, saya sebenarnya bekerja dengan syarikat tersebut dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular itu adalah founder atau bos syarikat itu. Dan saya bekerja dengan syarikat itu.

“Kenapa saya bersetuju untuk buat konten tersebut kerana ia hanyalah berkontekskan marketing sahaja. Semua ini adalah rekaan semata-mata, termasuk nama, umur dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya Lola lagi, dia faham matlamat tidak menghalalkan cara kerana video itu menguar-uarkan perkara yang tidak elok. Tetapi Lola meminta netizen faham bahawa video itu sekadar konten marketing dan telah dirancang.

“Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana. Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan,” ujarnya.

‘Cari saya di Padang Mahsyar’
Lola juga mengambil keputusan untuk memaafkan netizen yang telah melemparkan kecaman terhadapnya disebabkan isu itu.

“Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian walaupun video penjelasan ini telah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat,” katanya.

Sumber: TikTok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*