“Ayah minta sy simpan Foto.. Dia tk bercakap sepatahpun..” – Anak manja Luah Tindakan aneh ayah sebelum Nahas..

Mangsa nahas pesawat ringan terhempas yang juga pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, sempat menelefon isterinya memaklumkan bahawa dia sedang berada di sebuah restoran di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan sebelum berlakunya tragedi tersebut.

Permintaan ayah
Nahas elmina

Memetik laporan Harian Metro, anak mangsa iaitu Muhammad Sharul Izuan berkata dia sempat bertemu bapanya di luar rumah ketika bapanya sedang memeriksa enjin kereta pagi semalam.

Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.

Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

Menurut remaja tersebut, dia sama sekali tidak menyangka bahawa permintaan bapa untuk menyimpan gambarnya akan menjadi petanda pemergian arwah.

Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan.

Walau bagaimanapun, Sharul dan seluruh ahli keluarganya tetap reda dengan pemergian mangsa yang disifatkan sebagai seorang bapa yang penyayang.

Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga

Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu maut dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada jam 2.40 petang semalam.

Selain pemandu kereta e-hailing, seorang penunggang motosikal turut terkorban ketika mangsa kebetulan melalui jalan Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*