PELAWAK Achey berharap kemelut melanda anggota kumpulan Sepah yang didakwa sedang bermasalah dapat diselesaikan secara baik.
Tidak berpihak kepada sesiapa, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, sebaliknya mahu melihat kesemua seniornya dalam bidang komedi itu kembali berbaik.
“Saya neutral, ketiga-tiga mereka tu saya sayang dan mereka sangat baik.
Netizen dakwa Sepah sedang alami masalah dalaman.
“Merekalah antara yang beri tunjuk ajar pada awal kemunculan kumpulan Bocey, jadi saya sayang mereka.
“Cuma pesan saya apa sahaja masalah yang berlaku, lebih baik selesaikan dengan cara baik dan jangan luahkan di media sosial,” katanaya Ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Achey memberitahu dia mengetahui tentang berita tersebut melalui perdebatan peminat Sepah di media sosial.
Tambah Achey, kesemua mereka sudah matang dan berpengalaman luas dalam bidang seni dan berharap mereka semua bermaaf-maafan.
“Saya tahu dari media sosial, tapi kisah dalaman mereka saya tak tahu. Bukan nak menyibuk, saya hormat mereka sebagai senior dalam industri.
“Mereka pun dah besar seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik,” jelasnya.
Sementara itu, Achey memberitahu dia bersama ahli Bocey juga pernah bergaduh besar ketika mereka bersama.
Masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik.
ACHEY
PELAWAK
Namun mereka sentiasa memilih cara mata menyelesaikan masalah dengan berhubung bagi menyelesaikan masalah tanpa dihebohkan kepada pihak luar.
“Saya juga pernah juga bergaduh besar dengan Fad dan arwah Abam.tapi jika ada masalah kami akan hubungi antara satu sama lain
“Kami tak cerita pada orang luar, itulah jalinan luar biasa untuk Bocey,” ujarnya.
Achey dedah dia dan kumpulan Bocey pernah bergaduh besar tapi tidak luahkan di media sosial.
Sejak Isnin lalu, kecoh di media sosial perdebatan netizen mengenai ahli kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan.
Isu di antara mereka mula diperkatakan apabila Shuib dan Mamat berkongsi cerita bagaimana Sepah ditubuhkan menerusi temu bual dalam Dol’s Podcast.
Bagaimanapun, pada Ahad lalu Jep dalam satu hantaran di Instastory memuat naik hantaran memberitahu cerita dikongsi dalam sebuah podcast kebanyakannya direka atau ditokok tambah.
Rata-rata netizen mengandaikan hantaran itu ditujukan kepada Shuib dan Mamat yang bercerita tentang penubuhan Sepah.
Leave a Reply