Fattah Amin buat live TikTok dapat 20 juta likes, 50,000 tontonan

PENANGAN kisah sensasi membabitkan pelakon Fattah Amin membuatkan ramai memberi tumpuan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.

Pastinya peminat mahu mengetahui perkembangan Fattah selepas kisah penceraiannya menjadi bualan sejak 7 Oktober lalu.

Muncul membuat sesi secara langsung di platform TikTok, akaun milik Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dibanjiri ramai pengikut pada malam Sabtu.

Ramai pengikut yang memberi gift buat Fattah.

Biarpun sekadar berbual santai, namun sesi lebih kurang satu jam itu meraih jumlah ‘likes’ sebanyak 20 juta selain 50,000 tontonan.

Malah ramai juga yang memberi gift pada sesi berkenaan.

“Semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah,” katanya.

Pelakon itu juga memaklumkan dia bakal tampil dengan produk baharu yang akan dijual di platform berkenaan.

Antara gift terbesar diterima Fattah sepanjang siaran langsung itu seperti kereta api, topi dan pulau yang mana semua itu boleh digantikan dengan wang tunai.

Di hujung sesi tersebut, Fattah sempat berseloroh meminta peminat terus menatap wajahnya kerana sudah kehabisan idea untuk berkata-kata.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu.

“Tak tahu nak cakap apa. Tengok sahaja muka saya. Bagi mereka tengok muka saya,” ujarnya.

Sebelum ini Fattah menjadi tumpuan ramai apabila dia sah bercerai talak satu dengan aktres Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober.

Untuk rekod mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*