Baru-baru ini, pelawak dan juga penyampai radio terkenal iaitu Jep Sepahtu telah tampil meluahkan rasa kurang senangnya berhubung sebuah kandungan podcast atau audio siar.
Jep menerusi satu hantaran di Instagram rasminya berkata dia pada awalnya enggan melayan isu tersebut. Namun dia tampil untuk bersuara selepas namanya dipetik dalam satu podcast.
Meskipun tidak menyebut mana-mana nama. Namun ramai percayai ia mungkin berkaitan dengan penampilan Mamat dalam audio siar Dol’s Podcast yang dihoskan oleh Shuib, Shuk Sahar dan penyampai radio Fizie Roslan.
Shuib dan Mamat bagi ‘hint’ rindu ingin kembali bertiga?
Terbaharu, video kolaborasi Pak Mat Western bersama Shuib dan Mamat pula mencuri tumpuan ramai kerana dilihat seakan memberi ‘hint’ bahawa mereka berdua rindu untuk bersama semula.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok restoran dan pembekal makanan sejuk beku berasaskan perapan daging itu, Shuib dan Mamat dilihat menjadi agen menjual dan mempromosikan pek kambing perap kepada orang ramai.
Dalam video tersebut, terdapat babak di mana seorang lelaki telah membeli tiga pek kambing perat sambil berkata ‘kamping perap pun bertiga eh’ sebelum berlalu pergi.
Kata-kata pelanggan terbabit menyebabkan raut wajah di muka Shuib dan Mamat yang tadinya gembira terus berubah menjadi seakan terkedu.
Shuib terbeli tiga kotak makanan, terpulang siapa nak datang untuk makan
Dalam satu lagi babak berasingan di dalam video sama pula, Shuib dilihat terbeli tiga kotak makanan sedangkan di meja hanyalah dia dan Mamat sahaja.
“Ada orang nak datang ke Shuib? Ni sampai tiga kotak, air pun tiga,” soal Mamat kepada Shuib.
“Aku terbeli tiga, terpulang lah siapa nak datang Mamat, kau makan jelah,” jawap Shuib.
Babak tersebut turut memainkan lagu Musafir Rindu dari Ramli Sarip yang pernah dinyanyikan oleh Jep dahulu.
@pakmatwesterncafee
Ramai doakan agar mereka kembali bersama, rindu kumpulan Sepah
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan agar mereka bertiga berbaik dan kembali bersama-sama semula.
Tidak hanya itu, kebanyakan orang juga menyatakan mereka turut merindui ingin melihat kumpulan Sepah melakukan persembahan.
Leave a Reply