Azrinaz Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Puteri Ameerah – ‘Sayang Awak Sentiasa..’

Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran puterinya, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah yang ke-16 pada Sabtu.

Ucapan Azrinaz buat anak

Perkongsian tersebut dibuat Azrinaz menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. Beliau juga akui berbangga dengam pencapaian akademik anak kesayangannya itu.

Dua gadis cantik ini. Awak sudah berusia 16 tahun sayang. Happy Birthday to the one that I love infinity.
Saya sangat berbangga dengan pencapaian awak dalam pelajaran dan tahap kematangan awak. Harapan selebihnya biarlah ia kekal antara kita berdua. Sayang awak sentiasa AWB.

Menjangah ke ruangan komen, wargamaya turut mengucapkan selamat hari lahir buat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah selain memuji kecantikan gadis itu yang tidak tumpah warisi kecantiknya ibunya, Azrinaz.

Sumber: Azrinaz Mazhar Hakim

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*