Anak Merintih 40 Minit Macam Kena Sembelih Tapi Pelaku Tengok Saja – Bapa

Bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 yang didakwa menjadi mangsa langgar seorang pegawai polis, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55 memaklumkan yang anaknya merintih macam kena sembelih hampir 40 minit tapi pelaku tengok saja.

“40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih. Dia (pelaku) keluar kereta boleh tengok sahaja tanpa reaksi hendak suruh anak masuk dalam keretanya untuk dibawa ke hospital atau bertanyakan bagaimana keadaan dia sebelum ‘blah’ (beredar) dari situ,” ujarnya.

Kecewa anak merintih, pelaku tengok saja

Memetik laporan dari Harian Metro, Muhd Zamrie telah meluahkan rasa kecewanya itu di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika Mohd Yusri sewaktu mengunjungi kediaman allahyarham di Taman Chepor Sentosa.

Menurut pesara tentera itu lagi, isteri kepada pelaku yang juga seorang guru tempat anaknya bersekolah di SMK Jati telah menghampirinya dan memohon maaf dengan mengatakan yang suaminya memang seorang yang panas baran.

“Isteri dia datang jumpa saya dia kata “Pak cik, saya minta maaf. Itu suami saya… Dia memang ada panas baran, dia tak boleh dengar ‘rem’ (memulas pendikit) motosikal.”

“Anak saya bukan penjenayah, dia pelajar sekolah. Adakah atas alasan motosikal bising membolehkan dia dilanggar sampai mati, sedangkan masalah motosikal bising itu boleh diselesaikan secara melalui saman,” katanya.

Harap kes disiasat dengan terperinci, pelaku dikenakan hukuman setimpal

Dia juga berharap agar kes terbabit disiasat dengan lebih terperinci agar kematian anaknya terbela walaupun sedar bahawa allahyarham tidak akan dapat kembali.

Muhd Zamrie turut menegaskan yang dirinya akan berasa menyesal sebagai seorang ayah kerana melihat sendiri anaknya merintih di depan mata sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya kehilangan anak sama ada memang atau kalah, anak saya tak kembali. Tapi saya tak mahu kejadian ini terjadi pada anak orang lain.

“Hendak kata anak saya ‘merempit’, masa kejadian itu ramai orang dan sesak di situ (aliran trafik tinggi) apatah lagi waktu itu mendekati waktu solat Jumaat dan masa itu juga ibu bapa mahu mengambil anak dari sekolah.

“Masa itu pun anak saya sudah berhentikan motosikal, mungkin dia hendak minta maaf waktu itu selepas tidak larat hendak pusing (memecut motosikal) lagi, namun engkau (pelaku) pergi melanggarnya juga kemudian gelar anak saya ‘budak rempit’.

“Kalau kata dia (pelaku) tak kena (hukuman setimpal), saya menyesal tak sudah jadi ayah. (sedangkan) saya nampak depan mata yang anak merintih sebegitu,” katanya.

Terdahulu, bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi rebah sewaktu kehadiran Ketua Polis Perak kerana tidak dapat mengawal rasa sedih diatas kehilangan anaknya.

Pelajar berusia 17 tahun itu didapati meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar dan diheret oleh sebuah kereta jenis Produa Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis sebuah Ibu pejabat daerah dipercayai kerana berang manga membuat bising dengan membunyikan motosikal.

SUMBER: HM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*