Masih Ingat Pelakon Cilik ‘Suami, Isteri Dan …’ Nasib Tak Menyebelahi Dalam Dunia Hiburan, Ini Kehidupan Terkini Erna Elliyana

PERNAH popular menerusi watak kanak-kanal dalam filem Suami Isteri dan …, pelakon dan penyanyi Erna Elliyana mengakui tidak ada rezeki untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni.

Kata Erna atau Erna Elliyana Rosli, 35, berkata, dia terpaksa menghentikan impian untuk bergelar anak seni dan meneruskan kerjaya sebagai usahawan.

“Saya menyanyi dan berlakon sejak kecil lagi. Itu memang minat saya tetapi nampaknya minat tidak menyebelahi saya.

“Jadi, saya belajar dan lepas habis belajar saya berkahwin. Pada waktu itu saya mula fokus kepada keluarga dan mengambil keputusan untuk melakukan perniagaan,” katanya kepada mStar.

Erna masih mampu menyanyi dengan baik.

Erna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Kamya Fest 2023 yang diadakan di Hotel citizenM Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi filem tersebut, Erna memegang watak seorang budak lelaki bernama Amir iaitu anak kepada pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh pelakon Rosyam Nor dan Lydiawati.

Sebelum ini, Erna juga aktif menyanyi selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian Sinaran Pasport Kegemilangan 2000Malaysian Idol 2004One In A Million 2006 dan pernah menghasilkan single berjudul Bukan Untuk Sesaat.

Mengakui perjalanannya sukar dalam dunia seni, dia memilih untuk membuka perniagaan produk kesihatan tambahan iaitu Kamya Glow.

“Secara jujurnya, industri Malaysia ini tak besar mana. Bila menyanyi, kita tak dapat bayaran seperti yang diinginkan, saya rasa agak kecewa.

“Saya pernah bercakap dengan diri sendiri, kalau setakat minat tetapi tidak boleh buat duit, sebab itu saya belajar bersungguh-sungguh, sambung belajar dan buat bisnes,” ujarnya.

Saya menyanyi dan berlakon sejak kecil lagi. Itu memang minat saya tetapi nampaknya minat tidak menyebelahi saya.

ERNA ELLIYANA

USAHAWAN

Dalam perkembangan lain, Erna juga bakal menganjurkan sebuah festival yang diberi nama Kamya Fest 2023 untuk menggalakkan lebih ramai generasi baharu maju dalam bidang keusahawanan.

Kamya Fest 2023 bakal diadakan pada 10, 11 dan 12 Februari depan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan dan minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.

Kata Erna, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.

Erna tidak menolak sekiranya berpeluang menyanyi semula.

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada,” katanya.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*