PENAMPILAN terkini penyanyi Masya Masyitah dilihat tidak lagi mengenakan hijab mengejutkan ramai peminat dan netizen.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusof, 23, dilihat cantik memakai baju berona merah jambu tanpa memakai tudung.
Penampilannya itu juga dipadankan dengan kereta mewah berwarna merah jambu.
Dalam kapsyen yang ditulis, penyanyi lagu Hapus ini juga seakan-akan memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk menjadi lebih kuat.
“Fikiran awak perlu lebih kuat daripada perasaan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan penyanyi berkenaan.
Malah ada juga seolah-olah sudah dapat menjangka Masya akan membuka hijab selepas berdepan dengan pelbagai kontroversi berkait penampilannya.
“Patutlah dia tunjuk aurat sikit demi sikit sebelum ini. Nak buka semua rupanya.
“Assalam real ke ni? Mungkin member dah tak tahan nak bertutup, akhirnya kongsi dia tak bertudung.
“Masyaallah, akhirnya tudung sudah melayang terbang. Terkejut kita,” antara komen netizen.
Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.
Masya Masyitah belum serik, kali ini pakai stoking jarang nampak paha
BAGAIKAN tidak serik, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kali ini tampil menggayakan sarung kaki jarang dadn menampakkan bahagian pahanya.
Menerusi ruang komen pada gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai melahirkan rasa kurang setuju dengan gaya tersebut kerana ia tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung sepertinya.
Malah ada di antara mereka berasa pelik dengan sikap Masya atau Siti Nurmasy
itah Mohd Yusoff, 23, yang dilihat tidak serik-serik dan seperti sengaja tampil dengan pakaian sedemikian demi meraih perhatian.
“Pelik betul fesyen kau ini adik. Ada ke pakai tudung tapi nampak paha? Tiada rasa segan ke?
“Macam nampak paha awak. Kalau tak perasan cuba tengok balik. Awak cantik bertudung. Semoga awak fikir-fikirkan.
“Biasalah kalau tenggelam nak timbul balik, cara macam inilah. Islam itu indah tapi wujud orang macam ini, Islam dipandang serong,” komen netizen.
Menerusi perkongsian itu, Masya mengenakan skirt berserta sarung kaki jarang dan but tinggi berwarna hitam.
Gaya tersebut dilihat juga cuba meniru fesyen gadis Jepun yang biasa menjadi ikutan dari kebanyakan penggemar animasi di sana.
Masya bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan.
Penyanyi ini juga pernah menerima kecaman sama sebelum ini kerana berani tampil dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply