Baju ‘almari’ jadi bahan kcaman, Aina akhirnya muat naik sesuatu di lG. Rupanya ini sbbnya

Penyanyi terkenal, Aina Abdul sememangnya kerap menjadi perhatian dengan busana-busana ‘berani’ yang ditampilkan dalam setiap acara dihadirinya.
Terbaru, dia telah menerima kecaman teruk disebabkan penampilan busana seperti ‘almari besar’ sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) kerana terlihat keterlaluan.
Meluah isi hati. Beberapa pihak juga kurang senang dengan tindakan Aina dan mengatakan bahawa fesyen menutup aurat namun menjadi pusat perhatian adalah dilarang dalam agama.

Susulan daripada itu, pemenang ABPBH35 kategori Penyanyi Wanita Paling Popular telah meluahkan apa yang dirasa dengan mengatakan membaca semua kritikan yang diterima sejak beberapa hari kebelakangan ini.
“Biasanya Aina jarang meluahkan isi hati. Tetapi harini terpanggil Aina nak tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua. Saya baca semua. Saya baca, saya telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Tnak You kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, leaves good, termasuklah semua mesej dan juga komen. Aina sangat hargai. Alhamdulillah Aina vuba yang lebih baik selepas ini okay? Buat masa sekarang, enjoy pemandangan ni ya. MasyaAllah,” tulisnya.

Terdahulu, busana rekaan Behati ini telah mendapat kritikan ramai lebih-lebih lagi sewaktu Aina melalui red carpet di malam acara berprestij itu lagi.
Mana tidaknya, dengan busana yang cukup besar itu, dia telah menaiki lori untuk hadir ke red carpet serta diiringi ramai pembantu bagi memastikan busananya terletak dengan cantik.
Sudah tentu penampilan penyanyi lagu Semalam itu menerima kritikan seperti biasa kerana terlalu ekstrim dalam berfesyen. Perkara tersebut bukan kali pertama dilakukan Aina kerana saban tahun ada sahaja fesyen pelik digayakan dalam setiap acara yang dihadiri.
Sumber : ohmy medla
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*