Pada usia 27 tahun, MK K-Clique atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan, Siti Hajaar.
Banyak mengajar tentang adab dan sikap matangnya menjadi penarik bagi rapper ini untuk menyunting wanita cantik itu sebagai teman hidup. Bapa mentua request MK menyanyi.
Oleh kerana tidak mewar-warkan hubungan percintaan secara umum, berita pernikahan mereka cukup menjadi perhatian peminat. Dalam pada itu, sebuah majlis resepsi untuk meraikan pasangan merpati 2 sejoli ini telah berlangsung. la dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada MK sendiri atas permintaan ahli keluarga.
Reaksi Siti Hajaar berubah serius melihat suami dirangkul. Pun begitu ketika sesi bergambar dengan tetamu di atas pelamin, raja sehari ini dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita berpurdah.
Mana tidaknya, individu berjubah maroon itu tiba-tiba sahaja memeluk erat MK dengan agak lama. Kedua-duanya agak terpinga-pinga dan tertanya siapakah gerangan tuan badan, wajah Siti Hajaar juga sudah berubah serius melihat pinggang suaminya dirangkul kuat.
Terima kasih jadi abang yang cukup sederhana & bermakna buatku.
Setelah membuka kain purdah, MK terus berkata “buduh” kerana rupanya wanita itu adalah adiknya yang sengaja menyamar.
MK sempat tergelak dan memberikan kucupan di kepala, Muhd Aiman kemudiannya di penghujung video telah menitipkan sebuah kata-kata indah buat abangnya yang baru mendirikan rumah tangga.
VIDEO:
@manchai77 ALLAHUMMAH BARIK . JAZAKALLAHU KHAIRAN @MK K-CLIQUE 🤍🤍
Sumber : kisah dunia
Leave a Reply