“Kenapa yg first tu mcm Chacha maembong,” Hampir sebulan kawin, Ini kata2 dari anak2 Sabri Yunus

Sejak mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya, Angeline Tan, pelakon Sabri Yunus menunjukkan perubahan ketara dalam hidupnya.

Perkara itu didedahkan anak sulungnya, Saidi Sabri, 32, yang memaklumkan Sabri tampak lebih gembira dan bersemangat.

“Dulu ayah seorang diri, sekarang sudah berteman memang berbeza. Sekarang ayah nampak lebih sihat, berseri, segak dan bersemangat,” ujarnya.

Menurut anak kedua aktor dan pengarah itu, Syamimi, 30, dia dan adik-beradiknya tidak terkejut dengan keputusan Sabri untuk berkahwin dengan Angelina, sebaliknya menerima berita tersebut dengan rasa gembira dan syukur.

“Alhamdulillah, selepas 16 tahun ayah menyendiri sekarang sudah ada peneman. Sudah tentu kami gembira.

“Sebenarnya kami tidak terkejut sebab ayah dan auntie (panggilan untuk Angeline) sudah berkawan lama dan mula rapat sejak PKP pada 2020.

“Walaupun ayah tidak beritahu, kami dapat agak sebab ayah selalu keluar dengan auntie. Jadi, bila ayah beritahu mahu berkahwin, kami langsung tidak terkejut,” tutur Syamimi.

Tambah mereka, selain sudah menganggap Angeline seperti ibu kerana mengenalinya sejak kecil, wanita itu cukup istimewa kerana berjiwa penyayang.

Sikap tersebut membuatkan mereka adik-beradik yakin Angeline mampu menggembirakan dan menjaga Sabri dengan baik.

“Kami tertarik dengan auntie kerana dia sangat baik, penyayang dan bertanggungjawab.

Soal panggilan kami kekalkan auntie kerana sudah terbiasa sejak kecil. Lama sudah kami mengenalinya, rasa kekok pula kalau tiba-tiba ubah panggilan lain.

“Panggilan auntie tidak bermakna kami tidak menganggap dia seperti ibu. Rasa itu (anggap seperti ibu) sudah ada sejak kami kecil, dia layan kami seperti anaknya,” kata si bongsu, Syazni Sabri, 28.

Pasangan mempelai itu diraikan dalam majlis persandingan kali ketiga di Rose Hall, Glo Mall Damansara di sini semalam.

Sabri dan Angeline atau nama islamnya, Ardini Angeline Tan bernikah pada 14 Oktober lalu dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.

Mereka dinikahkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Pasangan ini terkenal menerusi sitkom arahan Othman Hafsham, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu. – HIBGLAM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*