Noor Nabila Beri Respon Selepas Dikatakan Kembali ‘Bersatu’ Dengan Sharnaaz Ahmad!

Usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila tampil bersuara selepas timbul spekulasi mengatakan dirinya kembali bersatu dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad di media sosial.

Spekulasi mula tercetus selepas Nabila dilihat memuatnaik satu foto dirinya yang cantik menggayakan sepersalinan biru lembut bersama selendang warna yang sama serta kapsyen emoji hati.

“❤️❤️❤️.”-kapsyen ringkas Nabila di Instagram

Dibanjiri Komen Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen memuji penampilan Nabila yang sangat anggun itu, malah ada yang sempat menitipkan ucapan tahniah buat usahawan ini yang dikatakan berkahwin semula.

“Congrats Nabila dan Sharnaaz. Sangat gembira melihat anda berdua bersatu balik. Jebat pasti individu yang paling gembira di dunia.”

“Haih mencetus tanda tanya. Nanti mula la pihak media buat andaian.”

“Antara ramai-ramai adik beradik Neelofa, Nabila paling cantik.”

“Mamu bertunang dengan Amelia kot 😂.”

“Sejenis perempuan muka classy dan elegan sangat. Sis love.”

“Alhamdulillah get back dengan mamu ke. Aaamin, Happy Jebat.”

“Fuyohh semakin berseri ni hahaha.”

Nabila Beri Respon
Tidak berdiam diri, Nabila tampil membalas komen salah seorang netizen dengan meminta mereka menyelidik dahulu sebelum berkongsi sesebuah perkara.

“Ish ish siasat dulu baru kongsi orang kata.”-balas Nabila

Difahamkan, Nabila baru sahaja selesai menjalani penggambaran rancangan televisyen bual biacara Next To Neelofa, yang dihoskan oleh adiknya, Noor Neelofa Mohd Noor.

Sekadar info, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*