Tersebar Sarjan Mejar Tampr org Awam, Pdrm Buka Kertas Siasatan. Rupanya ini kejadian sebelum tu?

SUDAHLAH ditampar berulang kali, ditarik rambutnya pula tanpa belas kasihan.

Tular video di media sosial yang menunjukkan seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakamkan melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di tempat awam.

Rakaman berdurasi 37 saat itu menyaksikan mangsa yang sedang duduk dipercayai di sebuah restoran, ditampar sebanyak sembilan kali sambil rambutnya ditarik.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan video yang tular menerusi laman X.

Susulan video yang tular itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan.

“Video tular itu turut memetik nama pegawai polis terbabit serta jawatannya.

“Kita akan siasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Beliau menegaskan, tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Menerusi hantaran yang tular di laman X, individu yang dirakamkan melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki didakwa anggota polis berpangkat sarjan mejar.

POLIS akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang orang awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular di media sosial termasuk platform X.

“Video tular itu dikesan pada pukul 3.11 petang Jumaat, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

“Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

“Siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Melalui video tular berdurasi 36 saat itu, kelihatan lelaki berbaju hitam mengasari seorang individu lain yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.

Lelaki berkenaan dilihat menumbuk dan menampar mangsa beberapa kali sambil menjerit ke arahnya.

Lebih menggeramkan, mangsa juga tidak melawan selain merayu meminta maaf.

VIDEO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*