“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

Pelakon Delimawati meluahkan rasa sedih kerana tidak menerima sebarang tawaran kerja sejak tujuh bulan lalu.

Disebabkan hal itu, Delimawati mendedahkan, dia terpaksa berjimat cermat dalam segala hal termasuk menggunakan wang untuk berbelanja harian.

“Dah lama saya tidak keluar rumah, atau ke mana-mana. Sebab saya dah lama tiada tawaran berlakon, hampir tujuh bulan.

“Sebab bila nak keluar, maca-macam nak kena fikir. Duit minyak, duit tol. Saya tak malu nak cerita sebab ni perkara yang betul.

“Saya sekarang duduk dengan anak. Apa anak makan, itu juga yang saya makan. Kami mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang kerja,” katanya pada majlis penyerahan bantuan kepada artis veteran yang berlangsung di Ngam Ngam Restoran, IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.

Melanjutkan bicara, Delimawati berkata, dia merasakan tawaran berlakon yang diterima semakin berkurang selepas Allahyarham Mamat Khalid meninggal dunia.

“Sejak arwah Mamat tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah masih ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis veteran.

“Sekaran ni, ramai ingat yang saya dah tak aktif. Ramai peminat tanya… tapi saya masih aktif tapi tak diperlukan. Ini sumber rezeki kita tapi orang tak panggil. Barangkali pelakon yang dulu pegang watak anak, sekarang dah jadi mak. Tinggal watak apa sahaja untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?”

“Mereka mungkin tengok kami tak perlukan kerja hari-hari. Tapi kami juga ada kereta, rumah nak bayar,” katanya lagi.

Popular menerusi filem Hantu Kak Limah, Delimawati memberitahu yang dia tidak akan merayu pada mana-mana pihak produksi untuk memanggilnya.

“Bukannya mereka tak kenal saya. Takkan saya nak telefon pengarah suruh ambil saya berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987.

Mereka tahu kemampuan saya. Kalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, faham sendirilah,” tutupnya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*