“Dia mmg selalu dtg rumah..”- Isteri baru dh lama brhubung dgn Shila Amzah, Fauziah tunjuk isteri baru ND Lala

Selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ kelmarin, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

“Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Demikian keterangan gambar pada hantaran sama dikemas kini semula, hari ini.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi itu.

Pada 3 April lalu. Fauziah juga pernah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Spekulasi pergolakan rumah tangga ibu bapa penyanyi Shila Amzah terjawab apabila Datin Fauziah Sarman mengesahkan bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram (IG), Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah, saya ingin memaklumkan yang saya menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp dikirimkan pada pagi 8 Ogos (semalam).

“Untuk perkahwinan terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam melalui pesanan WhatsApp,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie mengaku, dia reda dengan takdir yang sudah tertulis.

“Alhamdulillah, Allah memberikan saya kekuatan sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana yakin doa saya dan insan yang sentiasa ada di belakang selama bertahun-tahun adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan lebih baik, tenang dan sempurna,” luahnya.

auziah menjelaskan, pendedahan dibuat bertujuan untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari.

Sehubungan itu, Fauziah turut mengharapkan semua pihak dapat mendoakannya kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Saya menulis untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang tertulis dalam perkahwinan selama 34 tahun ini.

“Apa yang dilalui, saya redakan dan insya-Allah, saya yakin aturan Allah adalah terbaik buat saya. Doakan saya terus kuat sebagaimana kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang menjadi sejarah akan dititipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup lebih diredai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa. Ini kerana saya sedar, dosa sesama manusia sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata, hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik serta kasih sayang kalian semua,” coretnya mengiringi foto tangkap layar mesej yang dihantar ND Lala,

Terdahulu, pada majlis pernikahan Shila, baru-baru ini, penyanyi lagu Diari YB ini tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga dan dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis dan enggan ditemubual.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ sambil mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, yang juga madunya.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*