Tinggal suami dan serah anak kpd penjaga, Mira Filzah nekad ambil keputusan ini.

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, mengakui dia bakal berjauhan dengan anaknya, Wan Khair Amir, 15 bulan, selama tiga bulan demi menjayakan penggambaran filem terbarunya, Munajat Kekasih tidak lama lagi.
Menurut Mira, atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia juga tidak bimbang meninggalkan anak bersama pembantu rumah warga Filipina kerana ada suami dan ibu yang membantu mengawasinya di rumah.

“Saya memang berasa sedih kerana bakal berjauhan dengan anak tetapi ia komitmen kerja yang perlu dilakukan sebagai pelakon.
“Bagi mengelakkan anak tidak berasa sunyi kerana ketiadaan saya di rumah, saya juga mengambil seorang guru untuk menemaninya dengan buat pelbagai aktiviti Montessori sepanjang tempoh saya ‘out station’ nanti,” katanya kepada Harian Metro.
Memetik laporan Harian Metro, Mira mengulas mengenai filem terbaharu yang bertajuk Munajat Kekasih ini dia bakal beraksi sebagai heroin dalam filem arahan Osman Ali itu.
“Hero filem ini masih belum diputuskan lagi dan tunggu pengumuman dari pengarah nanti.

“Buat masa ini, saya masih mengikuti kelas lakonan selama satu hingga dua minggu dengan pelakon dan pengarah berkaliber Elly Suriaty.
“Selepas kelas lakonan ini selesai, baru kami akan memulakan penggambaran filem ini yang membabitkan lokasi di Kelantan dan Terengganu sekali gus berkampung selama tiga bulan di sana,” katanya.
Untuk rekod, pelakon yang menempa nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 33, pada 3 September 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Sumber : Murai
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*