Penantian beberapa tahun, Nelydia Senrose syukur doa terkabul, umum berita gembira.

PELAKON Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur akhirnya ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelysia Nik Sen, 29, doanya ketika berada di Makkah tahun lalu benar-benar termakbul apabila kali ini ibunya pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci.

“Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji,” katanya.
Nelydia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory yang dimuat naik pada Selasa.
Menerusi video tersebut dia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji.
Malah Nelydia juga dilihat tidak dapat menahan air mata menadah tangan tatkala doa dibaca bagi keberkatan mengiringi perjalanan ibunya.
“Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibuku,” ujarnya.

Pada Julai tahun lalu, Nelydia berangkat menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid.
Pertama kali melakukan ibadah tersebut, Nelydia menyifatkan ia sebagai satu rahmat terbesar yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya.

Peluang tunai Haji tahun ini, anugerah teragung buat Nelydia Senrose dan suami

PELUANG menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Haji tahun ini, pelakon Nelydia Sensore meluahkan rasa syukur dan menganggap ia sebagai satu nikmat besar dalam hidupnya.
Nelydia atau Nik Nelydia Senrose Nik Sen dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid berangkat untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada Ahad.
“Dengan penuh rasa syukur, gembira dan tawaduk di atas kebesaran Sang Pencipta yang mengizinkan kami untuk menjadi tetamu bagi menunaikan ibadah haji.
“Ini adalah anugerah yang maha agung buat kami berdua. Tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini yang tidak mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat,” katanya.
Selain memohon doa dipermudahkan, Nelydia juga turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke kota Makkah.

“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Halalkan makan dan minum kami.
“Saya mohon agar dapat titipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” ucapnya.
Nelydia yang berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya turut mendapat ucapan selamat dari peminat serta rakan-rakan artis.
Tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini yang tidak mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat
NELYDIA SENROSE
PELAKON
“Masya Allah. Gembira untuk awak. Alhamdulillah dijemput dan bakal jadi tetamu Allah. Semoga haji mabrur buat anda berdua. Doakan juga kami disini,” ucap Lisa Surihani.
“Masya Allah… seronoknya. Semoga dapat haji mabrur,” kata Mira Filzah pula.
Nelydia dan suami mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan mereka sebelum ini pernah ke Makkah mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Sumber : Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*