Buat Benda Wajib & Simple, Wanita Ini Nikah Dengan Bajet RM 3K

Perkahwinan merupakan impian setiap pasangan yang menjalinkan percintaan. Namun,sejak akhir-akhir ini trend berbelanja melebihi kemampuan bagi menjadi raja sehari semakin giat diamalkan. Hal ini kerana pasangan-pasangan ini ingin mendapatkan majlis yang gah dari setiap aspek biarpun terpaksa bergadai. Walau bagaimanapun sekali-sekala muncullah pasangan yang cuba memecah norma dengan memilih majlis yang ringkas dan serba sederhana.

Nikah Dengan Bajet Bawah RM 3K

Inilah yang dikongsikan melalui rakaman video oleh seorang wanita melalui akaun TikToknya @ecaajuraimi. Menerusi video tersebut, wanita itu memaparkan majlis perkahwinannya yang ringkas dan sederhana bersama pilihan hati. Apa yang menarik, keseluruhan majlis tersebut hanya menelan kos bawah RM 3K. Seterusnya, melalui beberapa kepingan gambar, video tersebut merangkumkan segala perbelanjaan sekitar majlis tersebut yang bertempat di pejabat agama.

Make Up Sendiri, Gambar Kahwin Snap Guna Phone

Dedahnya lagi baju kahwin bersama suami hanya mencecah RM 250, inai pula sekitar RM 60, manakala cincin dan gubahan bunga bernilai RM 650. Beralih ke juadah, wanita ini menunjukan menu ringkas yang akan dijamah oleh tetamu hanya menelan belanja RM 1000. Bagi hal-hal lain seperti make up dan gambar kahwin, wanita berkenaan memilih untuk menyolek diri sendiri dan merakam momen indah bersama pasangan menggunakan telefon pintar miliknya.

Benda Mudah Kenapa Nak Susah

Video yang kini ditonton sebanyak 1.3 juta itu turut disertakan dengan caption yang agak menyayat hati. Menurut caption tersebut, wanita ini menyatakan pernikahan itu wajib dan mudah jadi kenapa perlu dirumitkan kerana apa yang penting ikatan terbina halal di sisi syarak. Selain itu beliau turut meluahkan rasa syukur untuk majlis serba ringkas tersebut kerana dipermudahkan oleh Allah di samping menutup hantaran tersebut dengan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapanya.

sumber: Kisah Dunia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.