Video penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membuat siaran langsung di laman sosial mengatakan usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri kini penyanyi nombor dua menarik perhatian.
Teruja dengan kenyataan itu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila Siti Nurhaliza memilihnya sebagai artis nombor dua dan menganggap ia satu penghargaan.
LIHAT VIDEO INI
“Alhamdulillah… akhirnya Datuk Seri @ctdk telah memilih saya sebagai artis nombor dua. Satu penghargaan saya rasakan di saat orang lain megecam dan menghina, beliau telah menerima bakat saya seadanya,” katanya.
Malah, Aliff sempat berseloroh mengatakan penyanyi lagu Romansa Kita akan kembali ke kedudukan kedua pada sambutan hari raya nanti.
“Syukur Alhamdulillah… tunggulah awak Siti Nurhaliza hari raya ini awak jadi nombor dua balik yaa saya nombor satu kembali. Sekarang nombor dua la saya tetap bersyukur,” katanya.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Aliff Syukri itu dan menganggap usahawan itu selayaknya menyertai program lawak.
Terdahulu, Siti Nurhaliza pernah ‘mengesahkan’ Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara, sekali gus nama beliau kini berada di ‘belakang’ usahawan kosmetik tersebut.
Perkara itu ‘diakui’ oleh Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sewaktu membalas komen Aliff Syukri secara berseloroh pada Instagram beliau pada April lalu.
Isu Gelaran ‘Penyanyi Nombor 1’, Siti Nurhaliza Minta Semua Bertenang – “Ini Gurauan, Jangan Ambil Serius Sangat”
Mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengulas mengenai kenyataan viral usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang menyatakan dirinya adalah ‘penyanyi nombor satu’ baru-baru ini.
Jelas Siti, kenyataan itu bukan perkara serius dan responnya terhadap Aliff Syukri cumanya sekadar gurauan sesama rakan industri.
Mungkin saya rasa ini lebih kepada hiburan dan bergurau senda. Saya pun melayan saja Datuk Aliff Syukri tu.
“Saya tahu dia pun sebenarnya saja. Tak perlu kita ambil serius sangat.
“Peminat pula janganlah bergaduh. Kita ni memang bergurau begitulah. Saya percaya peminat saya pun faham apa yang diguraukan ini. Jadi cool, chill!” ulas Siti.
Siti yang ditemui pada majlis berbuka puasa Prihatin dan Kopena bersama media serta rakan strategik di Courtyard by Marriot Setia Alam pada Ahad menyifatkan gelaran yang diberikan peminat perlu diselarikan dengan hasil kerja yang terbaik.
“Sebetulnya, saya tak adalah dalam hati saya nak orang bagi saya gelaran nombor satu atau apa pun. Bagi saya gelaran itu tak kemana pun, yang penting kerja-kerja kita.
“Kita buat yang terbaik, selagi orang suka selagi itu kita boleh kekal dalam industri ini. Itu yang lebih penting,” katanya merendah diri.
Malah, Siti terharu dengan sokongan serta penghargaan peminatnya hingga kini.
“Saya patut bersyukur banyaklah, sebab peminat menghargai saya. Saya harap biarlah ia kekal, orang menghargai saya dengan sesuatu yang baik dan positif.
“Saya tak naklah orang ingat saya dengan perkara tidak elok. Yang baik itu Alhamdulillah. Harap begitulah seterus-seterusnya,” ulasnya lanjut.
Terdahulu, viral kenyataan Aliff Syukri yang melabelkan dirinya adalah penyanyi nombor satu Malaysia yang kemudiannya ‘dipersetujui’ oleh Siti sendiri menerusi ruangan komen dan sesi siaran langsung media sosial beliau.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply