Nama pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sebelum ini mencetuskan kritikan netizen di media sosial selepas berkongsi video dirinya yang bergelut bersama jemaah lain ketika membantu para pekerjanya untuk Hajar Aswad ketika menunaikan ibadah Umrah, pada Mac lalu.
Terkini, salah seorang warganet di laman X yang dikenali sebagai @Hindutva Knight melakukan hantaran mengenai Hafiz, yang berpendapat wanita mengalami gangguan ekstrim ketika melakukan ibadah di Mekah.
“Wanita berdepan hangguan ekstrim di tempat suci, Mekah. Adakah anda rasa Masjid dan madrasah selamat untuk wanita?-“-tulis Hindutva di X
“Bagi Saya Masa Untuk Kukuhkan Input Dan…”
Tidak berdiam diri, Hafiz menerusi Insta Stories tampil memberikan respon bahawa dia mahu memikul tanggungjawab kerana agama disebabkan kenyataan yang dimuatnaik oleh netizen berkenaan.
“Harini ramai sahabat yang update tentang ni. Terima kasih sahabat kerana inform saya. Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas statement/ perception dari tweet ini.
Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang .
Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ni. Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik.”-tulis Hafiz di Instagram
Murai sebelum ini pernah melaporkan mengenai Hafiz yang tampil membuat permohonan maaf di atas video kenangannya di Mekah itu telah mewujudkan pelbagai persepsi oleh semua pihak
Apa komen anda?
Leave a Reply