Patutlah Dah Tak Nampak Lakonan Allahyarham Aziz Singah, Telah ‘Pergi’ Buat Selamanya 5 Tahun Yang Lalu
Aziz Singah atau nama sebenarnya Datuk Abdul Aziz Zaid Singah dilahirkan pada 3 Oktober 1940, masa eranya ramai yang popular seperti Kuswadinata, Zulkifli Zain, Abu Bakar Omar, Abu Bakar Juah, Baharudin Omar dan ramai lagi.
Patut tak tengok lakonan Allahyarham Aziz Singah mennggaI.dunia 5 tahun lalu
Sebeluk terbabit dalam dunia lakonan arwh Aziz Singah muka dengan kerjaya penyampai radio sebelum meluaskan namanya dalam dunia televisyen.
Semasa kecil lagi Aziz Singah hidup tanpa belaian seorang bapa, apabila ditemuramah beliau memberitahu arwh bapanya sama unit dengan Leftenan Adnan sehingga mereka terkorban bersama pada usia 24 tahun kerana dibunuh tentera Jepun sewaktu perang dunia kedua, ketika itu usia Aziz Singah dua bulan.
Bakat lakonanya mula diuji pengarah M.Amin dalam filem Jahanam 1971, Aziz juga sempat melahirkan dramatis bintang seperti Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu.
Aziz juga menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999, semasa beliau menjadi Presiden, beliau perjuangkan supaya seniman tanah air diiktiraf, akhirnya beliau sempat menerima Darjah Dato Setia Negeri Sembilan yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman pada 18 Julai 2005.
Arwh Aziz juga memegang rekod pelakon terbanyak berlakon di eranya dengan sebanyak 500 drama dan 13 filem.
Arwh Aziz Singah, mennggaI.dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang pada Jumaat 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun akibat kanser prostat.
Anaknya Muhammad Daniel Aziz, 24, berkata, arwh mennggaI.dunia kira-kira pukul 11.10 malam Jumaat di samping keluarga.
Arwh.dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat Zohor pada Sabtu.
Allahyarham menghidap kanser prostat sejak beberapa tahun lalu dan sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ditanya apakah pesanan terakhir arwh, Muhammad Daniel berkata, ayahnya banyak bercakap mengenai keluarga mereka.
Aziz Singah yang popular pada era 1980-an pernah membintangi banyak drama namun lakonannya dalam PJ Holding antara karya yang diingati sehingga ke hari ini.
Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuklah Maria Mariana terbitan Skop Productions.
Antara Filem Lakonan Beliau
Drama
Telefilem
Beliau berkahwin dengan pasangan bernama Khatijah Abu Hassan pada 1967 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki, kemudian telah bercerai pada 1990, seterusnya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada tahun 1991 dan dikurniakan juga tiga orang anak lelaki.
Leave a Reply