‘Pangkat Kau Tu Lans Koperal Jelah..’ – Tular Video Pegawai Kanan Polis Maki Anggota Bawahan

Tular di media sosial semalam, video menunjukkan seorang wanita yang mendakwa dirinya pegawai kanan polis menengking dan menghina anggota bawahan di sebuah premis sambil disaksikan oleh orang awam.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.15 petang, 15 Jun, Khamis, di Medan Selera Lebuh Utama, Taman Sri Gombak. Kejadian itu membabitkan dua anggota polis yang cuba melakukan pemeriksaan identiti terhadap wanita itu.

Difahamkan, polis terdahulu menerima panggilan aduan awam daripada talian kecemasan 999, yang mendakwa ada seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis. Bertindak di atas aduan itu, polis mengerahkan sebuah kereta unit peronda (MPV) ke lokasi.

https://r-pg.net/wp-content/uploads/2023/06/v10025g50000ci5c5mrc77u9n4vq2gg0.mp4?_=1

Datang kutip hutang lama. Sebaik saja tiba di lokasi pada jam 1.25 petang, mereka mendapati seorang wanita yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sedang duduk di dalam kereta Perodua Bezza.

Maklumat awal yang diterima mengatakan, wanita itu datang ke lokasi tersebut mewakili rakannya untuk mengutip hutang lama daripada seorang wanita India.

Polis meminta wanita berkenaan menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian dan mula mempertikaikan tindakan anggota terbabit. Malah turut meminta mereka menyatakan apa kesalahannya sehingga diminta menyerahkan kad pengenalannya.

Lebih teruk lagi, wanita itu melakukan provokasi dengan kata-kata ugutan kononnya mahu berjumpa dengan pegawai tinggi untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Dua anggota terbabit kemudian memujuknya berkali-kali dan barulah dia menunjukkan kad pengenalannya tanpa diserahkan kepada anggota berkenaan.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman. Tetapi, apabila anggota meminta wanita itu menunjukkan kad kuasa sebagai bukti, dia hanya sekadar menunjukkan bahagian belakang kad kuasa yang tertera G204.

Semasa ditanya tujuannya berada di lokasi, wanita itu menjawab dia mempunyai urusan rasmi di lokasi, sebelum beredar. Anggota buat laporan polis.

Sementara itu, pengadu dan penduduk yang menyaksikan kejadian itu berkata, mereka tidak berpuas hati dengan wanita terbabit. Mereka mendakwa, sikap yang ditonjolkan oleh pegawai kanan polis itu kurang ajar dan tidak sopan.

Susulan kejadian itu, anggota terbabit yang berasa tersinggung dengan kata-kata pegawai berkenaan, telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Thereporter

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*