Diseret, Ditinggal Terkulai Atas Highway! Pelajar M4ut Ketika Nak Balik Kolej, Keluarga Percaya Mangsa DiIanggar Lari

Hanya kead1lan yang dimahukan untuk ahli keluarga yang dianiaya.

Begitulah harapan gadis ini, Siti Nur Syafiah Tarmizi, 21, yang mahu mengh3ret pelaku yang dipercayai mel4nggar lari adiknya ke muka pengad1lan.

Dalam satu kem4langan di Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH), adiknya iaitu Nawawi Tarmizi, 19, atau mesra disapa Awie, m4ut di Hospital Sungai Buloh akibat dari keced3raan par4h yang dialaminya.

Nawawi terlibat dalam kem4langan di Lebuhraya DASH.

Bercerita tentang tragedi itu kepada mStar, Syafiah berkata dia sekeluarga bagai luruh jantung apabila menerima satu panggilan telefon daripada nombor adiknya yang membawa khabar duka.

“Waktu tu pukul 12 tengah malam Isnin, 26 Jun, Awie sepatutnya pulang ke kolej dia di Food Institute of Malaysia (FIM) di Kelana Jaya dari rumah kami di Setapak, Kuala Lumpur. Dia ada bekerja sambilan di restoran berdekatan rumah kami.

“Dia kerja sambilan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dia balik ke kolej malam tu sebab Isnin ada kelas. Tiba-tiba nombor Awie berdering, ingatkan nak beritahu dah sampai, tapi orang lain yang ada dalam talian.

“Rupanya dia kem4langan, orang yang jumpa dia call kami. Waktu tu keadaan dia dah lemah, kami terus bergegas ke hospital, ambulans dah bawa dia ke sana. Bila sampai hospital, doktor minta maaf, cakap dekat kami yang peluang dia tipis.

“Bahagian kanan badan dia banyak keced3raan, ada tulang patah, kepala dia sampai nampak tengkorak, macam dia diser3t atas jalan tar sampai terkeluar isi daging,” cerita Syafiah penuh hiba.

Setelah beberapa jam bertarung nyawa, Nawawi yang merupakan anak kelima daripada tujuh adik-beradik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3 petang Isnin dengan Syafiah di sisi.

Saya nak keadilan untuk Awie walaupun itu tak akan bawa dia kembali.

“Kami bergilir-gilir masuk untuk tengok dan jaga Awie. Waktu dia dah nak pergi tu, kakak panggil mak saya masuk tengok Awie. Kemudian saya pula, saya yang terakhir dari keluarga kami berada dengan Awie.

“Jenazah Awie dikebumikan lepas Isyak pada hari sama di tanah perkuburan Sungai Buloh, Selangor, dekat dengan kubur arwah mak saudara kami.

“Kami cuba untuk lepaskan dan reda dengan apa yang jadi, tapi bila tengok video kem4langan Awie viral, nampak keadaan dia terbaring atas jalan berlumuran darah, kami tahu ada sesuatu yang tak kena,” ujar Syafiah.

Nawawi (kiri) bersama ayah dan adiknya.

Syafiah berkata hatinya remuk memikirkan ada insan yang tergamak membiarkan Nawawi terkulai di atas lebuh raya setelah dirinya diperlakukan sebegitu kejam.

“Kami tahu Awie sentiasa menunggang motosikal dengan cermat, kami yakin dia bukan terbabas sendiri, ada yang mel4nggarnya. Kalau tengok motosikal pun masih dalam keadaan baik, cuma ada kesan geseran sikit je.

“Tapi bila tengok badan Awie habis ced3ra par4h, kenapa agaknya tu? Ada yang ser3t dan gilis dia, kami nak orang tu bertanggungjawab. Ini dikira pembunuhan. Setakat ni belum ada saksi lagi, sebab orang ramai jumpa dia dah kem4langan.

Nawawi merupakan seorang pelajar di Food Institute of Malaysia.

“Kami ada pergi buat laporan polis, minta nak tengok rakaman litar tertutup (CCTV) tapi hanya diberikan separuh, pihak polis kata atas sebab-sebab tertentu. Dalam rakaman CCTV tu nampak motosikal Awie berdekatan terowong DASH.

“Lepas tu kami nampak ada kereta Proton Saga warna merah menghampiri motosikal Awie, dekat sangat, lagi sikit nak bergeser. Rakaman sampai situ je, kami tak nampak macam mana kem4langan tu berlaku,” cerita Syafiah.

Menurut Syafiah, Nawawi sangat meminati bidang masakan dan bercita-cita untuk menjadi seorang cef namun kini impian itu lebur dengan pemergiannya.

Nawawi mempunyai hubungan yang akrab dengan adik bongsunya (kanan).

“Saya nak keadilan untuk Awie walaupun itu tak akan bawa dia kembali. Siapa pelaku, itu kami nak tahu. Kami rayu. Kami perlukan penutup ni supaya kami boleh berdamai.

“Saya perasan beberapa hari sebelum dia pergi, dia banyak termenung. Waktu malam kejadian, walaupun dia dah lewat nak balik kolej, dia tetap tunggu mak balik dari luar, dia salam dan peluk mak.

“Saya sebelum tu pun sempat berborak dengan Awie. Tiba-tiba dia titipkan pesanan, dia kata kalau apa-apa jadi, jaga adik bongsu kami baik-baik. Awie dengan adik kami yang ketujuh memang rapat.

“Dalam beberapa bulan akan datang ni, dia sepatutnya mewakili kolej untuk pertandingan memasak. Dia nak banggakan mak. Tak pernah sangka dia akan pergi secepat ni,” kata Syafiah menoktahkan bicara.

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*