“Jaga sikit per4ngai..Jgn nak b4ntai org je”- T3rpaksa berp1sah dgn suami, Pelakon Reen Rahim dedah punca sbenar.

DALAM rasa sedih terpaksa meninggalkan suami disebabkan urusan kerja, pelakon Reen Rahim mendapat amaran ‘keras’ daripada suami agar menjaga tingkah laku apabila berada di tempat orang.

Secara berseloroh, suami Reen iaitu Hazim Zainal bukan sahaja meminta isterinya itu pandai menjaga diri tetapi tidak menunjukkan sikap garang kepada orang lain.

“Jangan bawa sangat perangai Klang tu. Jaga diri, bawa-bawa bincang perangai ‘jantan’ tu, jangan nak bantai orang jer.

Perkongsian Hazim dan Reen di Instagram.

“Perangai Klang mana, perangai Klang? Bye sayang, jaga diri. Bye boy, elok-elok boy,” katanya.

Video berkenaan dikongsi Hazim atau Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 30, di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Pesanan Hazim itu turut mendapat respon Reen yang meninggalkan komen tidak mahu menunaikan permintaan suaminya itu gara-gara dia tidak menggunakan ‘filter’ sebelum memuat naik video tersebut.

“Aku tak nak terima permintaan kau… Dah cakap pakai filterkan?,” komennya.

Sementara itu, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, meminta suaminya bertenang dan tidak bimbangkan dirinya kerana sudah terbiasa ‘terbang’ seorang diri sebelum ini.

“Rileks suami, 35 tahun kita layan hidup fly sendiri. Dia ingat kita darjah tiga ke risau sangat?,” tulisnya.

Reen dan suami berkahwin sejak Disember 2022.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan ini yang dianggap sebagai suami isteri yang comel.

“Sakit perut gelak. Bye boy tu tak tahan tapi cute jer dua-dua, suka saya tengok.

“Hahaha perangai Klang memang macam tu!” tulis netizen.

Untuk rekod, Reen dan Hazim melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember 2022.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*