“Akhirnya kematian Arwah terbela..” Pelaku Tiba di mahkamah berlitup penuh.. Sekali Ini Pula yg Netizen perasan..

Suspek langgar pelajar tingkatan lima hingga mati tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira 9.00 pagi tadi.

Pegawai kanan polis itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pagi ini.

Pertuduhan akan dikendalikan oleh lapan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai oleh Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat; Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; Nasrul Hadi Abdul Ghani; J S Geetha; Low Qin Hui, dan Wan Azimah Yaacob.

Pasukan polis berkawal di luar kawasan Mahkamah Majistret Ipoh dan beberapa petugas media juga tidak dibenarkan memasuki halaman mahkamah.

Pegawai kanan berpangkat deputi superintenden itu dibawa masuk tanpa pengetahuan media yang menunggu sejak 7.30 pagi.

Tiga ahli keluarga mangsa termasuk bapa saudara mangsa, Abdul Razak Judin, 48; Mohd Nizam Abdullah, 43; dan Ahmad Faizal Jaafar, 47 juga berada di mahkamah sekitar jam 8 pagi tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaydia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Pada hari sama, pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah ditahan selepas terbabit dalam kejadian itu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*