
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan satu video seorang rider penghantar makanan yang berjalan kaki selepas motosikal yang ditunggangi untuk mencari rezeki disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Satu perkongsian dari warganet mencerita pengalaman beliau tentang kemalangan bersama seorang penunggang lain yang didapati cukai jalan kenderaan yang tamat tempoh dan lesen memandu juga tamat.
Berkenaan case rider foodpanda yang kena sita motor dia, lagi2 yang dah m@ti 7 bulan yang lepas. Gambar yang aku upload ni gambar adik aku accident minggu lepas dengan orang yang langgar lampu merah, lahir tahun 1978 LESEN M@Tl DARI 2014, ROADTAX M@Tl bertahun.
Dah tu motor sendiri yang barai ni nak claim kat insurance sape? insurance k****a ko? tak pasal2 keluar NCD sendiri. Adik aku pergi kerja cari rezeki jugak, sibuk dengan timbang rasa ko.
Kalau nak cerita “mana tau” ni, kalau kena diri sendiri nanti “baru tau”
Mahal sangat ke insurance roadtax? Motor bawah 150cc roadtax RM30, cikai2 3rd party insurance bawah RM200. Hidup jangan susahkan orang. Pakai insurance Bjak pun boleh bayar 3x sekarang, nak tak nak je.
Selalu aku tengok kat tiktok rider2 upload gaji harian RM100-150 siap tayang slip gaji lagi.
Sumber: FB Azri Nasir
Leave a Reply