Selepas isu boikot baru tahu pengasas sebenar KK Mart

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Super Mart, berhubung isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua individu terbabit diambil keterangan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

“Setakat ini, sebanyak 80 laporan polis diterima di seluruh negara.

“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh meliputi semua aspek sebelum dapatan akhir dimuktamadkan dan siasatan awal setakat ini mendedahkan vendor terbabit beroperasi di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Kata kenyataan itu, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bagi mengenalpasti proses perolehan dan pelbagai perkara lain yang berkaitan termasuk mengesan pelaku.

Harian Metro terdahulu melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka dan menitahkan supaya tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap pihak yang didapati bersalah oleh pihak berkuasa dalam isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Sultan Ibrahim menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi bertitah kalimah Allah dipandang sangat tinggi dalam sanubari umat Islam, dan tidak sepatutnya timbul perkara yang boleh membangkitkan kemarahan terutamanya dalam bulan Ramadan.

Ia selepas video dan tangkap layar gambar sarung kaki yang tertera kalimah Allah tular di media sosial pada minggu lalu yang didakwa dijual di KK Super Mart di Petaling Jaya, Selangor, sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*