Peniaga Dadih Warga Emas Cium Dahi PeIanggan, Terharu B0rong Semua, Paling Manis Siap Dibantu Baiki Kereta Tersad4i Di Bengkel

Seorang usahawan dikenali sebagai Abang Naz turut berdepan situasi sama apabila dia terserempak dengan peniaga warga emas di sebuah pasaraya di Selayang, Selangor, pada 18 Jun lalu.

Sebagai manusia biasa, hati kita pastinya terusik melihat golongan berusia masih gigih bekerja demi mencari sesuap rezeki halal.

Menerusi video tular, peniaga tersebut kelihatan sebak dan terus memeluk serta mengucup dahi Abang Naz yang memborong sebakul dadih jualannya dalam pertemuan singkat berkenaan.

Abang Naz bertemu peniaga itu ketika dia pergi ke sebuah pasaraya Ahad lalu.

“Pada hari tersebut, saya nak pergi makan di pasaraya berkenaan. Saya nampak pakcik tu sedang berniaga di kawasan parking. Saya terdetik nak rakam video, nak tolong marketing untuk dia.

“Saya nak beli tapi tiada wang tunai ketika itu. Jadi saya minta dia tunggu sekejap untuk saya pergi keluarkan wang. Lama juga saya masuk dalam pasaraya. Selepas 15 minit saya keluar, dia masih ada. Jadi saya terus borong semua dalam bakul.

“Saya bayar RM150. Pakcik tu menangis, terus saya pun sebak. Dia macam tak percaya, tak pernah orang beli banyak katanya. Tengok orang tua berniaga memang sedih. Sebab tu saya rasa nak support dia,” ujar Abang Naz kepada mStar.

Kita tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah, sepatutnya bersedekah sampai kaya.

Menurut Abang Naz yang mempunyai lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikTok, peniaga itu turut bercerita tentang keretanya yang mengalami kerosakan.

Abang Naz kemudiannya berkongsi kisah berkenaan menerusi media sosial sebelum beberapa kenalannya tampil menghulurkan sumbangan buat peniaga berkenaan.

“Masa tu saya tanya dia, datang naik motor ke? Kemudian dia cerita kereta Proton miliknya rosak. Nak kena bayar RM800 untuk kereta yang rosak tu. Makin sedih apabila dengar macam tu.

“Pakcik tu ada anak, tapi dia memang suka berniaga. Saya kagum dengan semangatnya. Selepas balik, saya kongsi kat media sosial tentang pakcik ni. Saya tanya, ada tak sesiapa yang nak memberi sumbangan?

“Kemudian ada seorang hamba Allah beri RM600. Selepas itu ada seorang lagi bagi RM200. Total dah RM800, saya akan pergi jumpa pakcik tu untuk serahkan sumbangan berkenaan,” ujarnya yang menetap di ibu negara.

Dalam pada itu, video berkenaan bukan sahaja meraih lebih 500,000 tontonan, malah turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat reaksi spontan peniaga tersebut.

Ramai netizen sebak menonton reaksi spontan peniaga itu.

“Abang dah berjaya mengeluarkan air mata jantan saya. Terus teringat ayah kat kampung.

“Ya Allah waktu pakcik tu cium sebaknya rasa di hati.

“Apabila pakcik tu peluk, aku dah menangis,” tulis beberapa netizen.

Abang Naz mempunyai lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikTok.

Mengulas hal itu, Abang Naz berkata dia sendiri turut beremosi apabila menonton semula rakaman berkenaan dan berharap usaha murninya dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai.

“Yang jantan semua menangis. Saya sendiri dah tengok video berpuluh kali pun menangis. Nasihat saya, kalau anda nampak peniaga tepi jalan yang macam tak ada orang beli, pergilah support walaupun kita tak nak beli atau tak lapar.

“Yang kedua, ada orang komen nak minta pada Allah supaya jadi kaya untuk bantu orang susah. Pada saya, kita tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Sepatutnya kita bersedekah sampai kaya, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah,” pesannya mengakhiri bicara.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*