Menjumpai bukti transaksi akaun bank suami menghabiskan lebih RM59,000 untuk melanggar pelacur, itulah dugaan hebat dilalui oleh wanita bernama Inara Rusli. Suaminya, Virgoun yang merupakan penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ sebelum ini nekad memfailkan talak lantaran marah pekungnya dibongkarkan kepada umum.
Virgoun sudah cabut gugatan talak, namun Inara nekad mahu berpisah
Bukan tidak memaafkan, sebaliknya Virgoun telah mengulangi khilaf sama walaupun Inara sudah memberikan peluang memperbaiki rumah tangga mereka. Nekad membawa haluan sendiri dan sudah bersedia untuk perbicaraan talak di mahkamah, Inara bagaimanapun terpaksa membuat satu keputusan berat.
Bismillah, saya pakai kerana Allah & saya buka kerana Allah untuk menghidupi anak-anak saya
Sudah 5 tahun mengenakan imej berpurdah atas niat mengelakkan fitnah, semalam dia dalam sebuah sidang media rasmi telah melepaskan kain itu dari wajahnya. Tujuannya hanya satu, iaitu mahu memudahkan urusan mencari nafkah buat membesarkan anaknya selepas ini.
Selepas purdah dilucvtkan, semua wartawan mengucap “MasyaAllah”
Saat purdah itu dilucvtkan, terdengar ramai wartawan mengucapkan ayat “MasyaAllah” kerana terpegun melihat kecantikan Inara. Di sebalik semua itu, Inara berharap agar tindakannya melepaskan purdah tidak mengundang prasangka buruk netizen memandangkan situasinya sekarang sedang darurat.
@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli #virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp
Kredit : TikTok tgiffjj, devy, Portal Hot Detik, Kisahdnia
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply