
Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mencuri perhatian selepas sepotong video pendek memperlihatkan dirinya telah selesai melakukan undi tular di TkTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, sedang berada di dalam sebuah kereta jenis Mitsubishi bersama seorang wanita.
Dan, wanita berkenaan telah meminta Ira untuk menunjukkan jari yang bertanda sebagai bukti mereka telah melakukan undi.
“Look your finger, we are done!,” katanya. Sementara itu, Ira yang kelihatan gembira menunjukkan jari yang bertanda sempat menari mengikut rentak lagu latar yang dipasangkan berjudul What You Got yang dipopularkan dari penyanyi antarabangsa, Colby O’Donis.
Melihat aksi Ira itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.
Malah, ada yang berseloroh dengan bertanyakan keberadaan Syamsul yang tidak menemaninya ketika keluar mengundi.
“Tak ada teman ke tu? Sebab husband tengah teman anak-anak tersayang.
“Syamsul spent time dengan anak-anak lah sebab Puteri Sarah kan pergi Singapore cari rezeki.
“Kesian ira, pura-pura bahagia itu amat memeritkan.
“Aku tengok dia ni pergi mana-mana tak pernah ada Syamsul.
“Kenapa Syamsul tak ajak pergi mengundi sama-sama?,” komen netizen.
Sumber : xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply