“Kalau Jantan Tu Elok Boleh La Dipertimbang, Ini Muka Macam…”-Michael Ang

Baru-baru ini heboh isu perkahwinanan anak kedua selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, isteri pertama kepada lelaki berkenaan iaitu Misya Mazlan tidak mengetahui tentang pernikahan suaminya itu kerana berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

“Ini Macam Dah Kena Minyak Dagu Je..”
Isu berkenaan turut mendapat reaksi oleh pelbagai pihak termasuklah pengarah dan pelakon terkenal, Michael Ang menerusi hantaran di Instagram turut mempersoalkan tindakan anak perempuan selebriti ini berkahwin dengan lelaki berkenaan.

“Muda cantik pun nak jadi nombor 2. Kalau aku la cantik macam tu dan muda, lambat lagi nak kahwin awal dan jadi penyondol.

Kalau jantan tu elok dan kaya raya boleh la dipertimbangkan, ini muka macam masih minta duit dari mak bapak lagi!

Ini macam dah kena minyak dagu je. Jantan tu tak ada otak or berhati perut ke senang-senang aje kahwin. Kesian bini dia!.”-tulis Michael Ang di Instagram

Netizen Setuju!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Michael, malah ada yang memberikan cadangan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pasangan yang bernikah di Thailand.

“Masa untuk pihak berkuasa ambil tindakan kepada pasangan yang bernikah di Thai. Macam tak ada value je perkahwinan ni, Takde yang respect kepada mak ayah.

“Mungkin ikutan dari pengalaman ibu bapa dia sendiri juga kot sampai anak-anak tak pikir panjang.. yela tengok kes bapak dia dulu pun macam sama juga jalur kisahnya.”

“Kan…macam intan najuwa tu bagus..boleh dapat lelaki kaya..dengan muka yang cantik pakej..dah la belakang kan parents..sian parents 😢.”

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*